Kucing Boleh Makan Avokado Ke? Apa Khasiatnya Untuk Kucing?

Menurut Catster, avokado tidak mengandungi apa-apa bahan yang toksik kepada kucing, jadi ianya selamat dimakan kucing.

Kucing yang memakan avokado tidak mempunyai kesan buruk langsung, walaubagaimanapun buah ini tidak selamat untuk semua haiwan dan ianya merbahaya kepada burung.

Avokado bagus untuk kucing ke?

Menurut pakar haiwan, kucing boleh mendapat nutrien avokado yang sama seperti manusia. Avokado sangat bagus untuk kucing kerana ia kaya dengan lemak yang sihat, asid amino, dan mempunyai tahap vitamin E dan B6 yang tinggi. Khasiat yang lain adalah avokado dapat menyokong kesihatan kulit dan bulu kucing. Jadi disyorkan untuk memberi kucing anda sedikit avokado sekali sekala.

Bagaimana untuk memberikan kucing avokado?

Jika anda cuba untuk memberikan kucing anda sedikit avokado dan kucing anda menyukainya, jadi ianya mudah untuk menambahkan buah ini dalam diet mereka. Cara yang terbaik adalah dengan motong isi avokado menjadi ketulan yang kecil. Kemudian anda boleh mencampurkan isi avokado tersebut ke dalam makanan harian kucing anda. Apabila memberikan makanan baru kepada kucing anda, pastikan anda memberikan hanya sedikit sahaja jumlah secara sekali sekala untuk pastikan kucing anda tidak mengalami apa-apa reaksi terhadap makanan tersebut.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment