Kucing Bertuan Ini Suka Berlagak Seperti Kucing Jalanan Dan Lepak di Ko-Op Makanan!

Kucing bernama Minnie berasal dari Netherfield di Nottingham, UK merupakan kucing yang mempunyai agenda yang jelas.

Setiap hari ia akan berusaha keluar dari rumah dan melepak di ko-op tempatan hanya untuk mendapatkan makanan dari pembeli yang anggap ia kucing jalanan yang lapar.

Pelanggan di situ sudah mula menyukai Minnie dan secara tipikalnya akan memberikannya makan setelah melihat mata hitamnya yang bersinar sinar itu. Dan keluarga yang tinggal di seberang blok dari situ sudah putus asa membawa ia pulang setelah cuba beberapa kali dalam sehari. Ibunya Charlie suka berada di rumah tidak seperti anaknya yang suka merayau itu.

“Apabila kami pergi melihatnya di ko-op ia jadi kucing yang sangat baik, apabila berada di rumah tiba tiba sahaja ia menjadi kucing jahat,” kata Andrea Blower, tuan kepada Minnie. “Ia berlakon supaya orang ramai rasa kesian dekatnya.”

Kucing belang berusia 4 tahun ini sudah kerap pergi ke Ko-op kedai makanan sejak setahun yang lalu dan tuannya sudah putus ada untuk cuba mengambilnya pulang kerana akhirnya ia akan pergi semula ke Ko-op tersebut.

Sebaliknya, papan tanda (yang ada nampak dalam imej twitter di atas) merupakan peringatan untuk pembeli dimana Minnie merupakan kucing yang bertuan namun suka melepak di Ko-op ini.

Sebelum ini, tuan Minnie terpaksa menuntut kucingnya yang ‘hilang’ ini sehingga lapan kali sehari. Namun kini dia menyedari bahawa kucingnya ini gembira melakukan apa yang dia mahu dan dimana ia mahu.

“Saya akan pergi untuk memeriksa keadaannya dalam dua ke tiga kali sehari namun sia sia sahaja bawa ia pulang ke rumah. Ia akan mencakar atau menggigit seseorang sehingga dibiarkan keluar semula,” kata Andrea.

Kita semua tahu yang kucing adalah oportunis (suka mengambil peluang). Andrea berharap jika pembeli di sana berhenti memberi makan kucingnya itu ia akan pulang duduk di rumah sahaja berbanding lepak di kedai yang hanya mengambil masa seminit berjalan sahaja.

Jerry Winfield merupakan penyelia Ko-op Netherfield ini berkata ramai orang datang ke kedai dengan harapan untuk melihat Minnie si kucing jalanan dan kucing lapar.

Jerryberkata: “Kami menerima pelanggan ke kaunter dan bertanyakan ‘boleh bagi ini (makanan) kepada kucing itu? Dan kami kata ‘tidak”

Kedengaran seperti kucing dramatik ini perlukan Academy award kerana ia sangat pandai berlakon!

“Ia hanya sukakan perhatian.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment