Kucing Bernama Bella Ini Memeningkan Pemiliknya Kerana Perangainya Suka Membawa Pulang Pakaian Orang Lain

Kenalkan Bella— kucing belang berbulu lebat ini sangat sweet dan sangat penyayang.

Sepanjang 10 tahun yang lalu Bella merupakan teman yang sangat istimewa buat tuannya, Shawn Bell.

Tidak lama kemudian Bella mula menunjukkan aspek yang tak berapa nak positif sangat dalam personaliti kucingnya.

Rupa-rupanya Bella seekor kucing pencuri!

Aktiviti jenayah Bella ini bermula secara spontan semasa musim panas yang lalu. Pada suatu hari Bell menyedari kucingnya balik ke rumah mereka di Vancouver, Kanada dengan mengonggong stokin. Pada keesokan hari Bella membawa pulang satu lagi stokin. Kemudian hari seterusnya lebih banyak stokin.
Pada hari keempat Bella membawa pulang lukisan kanak kanak dan akhirnya objek yang dibawa pulang Bella bercampur aduk koleksinya.
Ini foto hasil curian Bella:

Kepunyaan siapa barang barang ini bermain di fikiran semua orang. Yang pastinya bukan barang kepunyaan Bell. Bella disyaki mencuri barang barang ini semasa ia keluar berjalan jalan pada siang hari.
Pada musim panas tersebut, Bell memenuhkan hampir separuh tong sampahnya dengan barang barang hasil curian Bella. Namun pada bulan yang baru-baru ini aksi jenayah Bella makin menjadi-jadi.

“Bella pernah pulang ke rumah dengan satu jenis pakaian satu malam,” kata Bell.
“Kini Bella selalu pulang ke rumah dengan dua atau tiga jenis pakaian dalam satu malam— atau lebih.”

Dan longgokkan pakaian yang dicuri ini semakin lama semakin menimbun.

Bell pernah mengedarkan risalah di sekitar bangunan apartmentnya dalam harapan pakaian yang dicuri ini bertemu tuannya semula, namun tiada yang datang menuntut.

Dia hanya melonggokkan kesemua pakaian tersebut di kerusi luar dari tempat tinggalnya, mana tahu ada yang mengenali barang barang tersebut.

Aktiviti tidak sihat Bella ini membuatkan Bell berasa bersalah dan sedikit tidak selesa.

 “Mesti tak best kalau asyik kena beli pakaian sahaja sebab selalu hilang,” katanya.

“Kemudian timbul pula isu pakaian dalam dan Bella mula membuat saya kelihatan pelik.”

Ya! Bella juga mencuri pakaian dalam orang lain juga.


Bell berharap ada yang tahu mengenai aktiviti tidak sihat kucingnya ini dan datang untuk menuntut pakaian mereka yang dicuri ini.
Kucing bertuah tersebut masih belum nampak kesan ke atas tuannya mengenai aktiviti pencuriannya ini.

 “Saya rasa Bella sangat bangga dengan dirinya,” kata Bell.

“Namun belum pernah lagi Bella membawa pulang pakaian yang muat untuk saya atau sesuai untuk saya.”

Walaubagaimanapun, Bell tetap menyayangi Bella tidak kira apa.

“Walau apapun Bella tetap ‘gadis’ saya walaupun tingkahlakunya agak nakal,” kata Bell. “Saya rasa dia berhak mendapat kasih sayang saya yang tidak terhad ini walaupun ia seekor kucing yang ‘kleptomaniac’”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment