Kucing Anda Gemuk Sangat? Ikuti 4 Kaedah Untuk Jalankan Diet Ke Atas Kucing Anda

Obesiti bukan hanya berlaku pada manusia, ia satu perkara yang mencabar bagi kucing juga..

Malangnya obesiti sangat berkait rapat dengan isu kesihatan pada kucing, lebih-lebih lagi meningkatkan risiko penyakit hati dan diabetes. Dengan makanan tinggi kalori mudah didapati untuk kucing yang kebosanan serta kurang aktif, tidak hairanlah kucing yang dipelihara banyak yang gemuk dan obesiti.

Mujur ada beberapa cara untuk membantu kucing anda mengurangkan berat badan termasuklah meletakkan kucing anda dalam diet yang terhad.

Kaedah 1: Tentukan jika kucing anda perlu diet

vLakukan skor keadaan badan kucing anda


Sebelum meletakkan kucing ada dalam diet, penting untuk mengetahui bahawa perlu atau tidak untuk mengurangkan berat kucing anda. Skor keadaan badan kucing bermula dari satu ke lima – lima sudah obesiti dan 1 kurang berat. Skor yang ideal adalah tiga. Tentukan skor kucing anda mengikut skala di bawah:

  • Skor 1: Tulang rusuk, tulang belakang, dan pelvis sangat jelas. Kucing ini tiada lemak dan kelihatan kurus kering.
  • Skor 2: Tulang rusuk, tulang belakang, dan pelvis mudah untuk dirasa. Jika dilihat dari atas, kucing ini mempunyai pinggang. Jika dilihat dari tepi, perut kucing kelihatan cengkung. Kucing kelihatan kurus.
  • Skor 3: Tulang rusuk dan tulang belakang boleh dirasa namun tidak boleh dirasa. Kucing ini ada sedikit bentuk pinggang jika dilihat dari atas dan dari sisi perutnya boleh dikesan tapi tidak melandur..
  • Skor 4: Tulang rusuk dan tulang belakang sangat sukar untuk dikesan. Perut seperti bentuk buar pear dari atas dan dari sisi kelihatan perut melandur ke bawah.Ribs and spine difficult to locate.
  • Skor 5: Kucing kelihatan bulat… Obesiti.

Kaedah 2: Hadkan pengambilan kalori

Ketahui bagaimana pengambilan kalori memberi kesan terhadap berat badan kucing

Penurunan berat dari diet kawalan pengambilan kalori melibatkan pengiraan yang mudah:

kalori masuk bahagi kalori keluar = jumlah berat yang perlu diturunkan

Jadi jika kucing anda mengambil kalori melebihi dari apa yang ia bakar dalam sehari, kucing anda akan naik berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, kucing anda perlu kurangkan pengambilan kalori dalam keperluan hariannya.

Tentukan pengambilan kalori yang ideal untuk kucing anda

Ini bermaksud mengira kalori kucing anda setelah anda mengurangkan diet hariannya. Veterinar mengesyorkan untuk anda memberi makan kucing anda 75 ke 80% keperluan tenaga untuk berat idealnya. Jumlah ini sepatutnya dapat membantu kucing anda mengurangkan berat dengan kadar yang sihat dengan satu ke dua peratus berat badannya setiap minggu. Anda patut berbincang dengan veterinar untuk jumlah kalori yang tepat namun anggaran jumlahnya adalah:

  • 180 kalori per hari untuk berat badan ideal 3.6kg
  • 210 kalori per hari untuk berat badan ideal 4.5kg
  • 230 kalori per hari untuk berat badan ideal 5.4kg

Timbang berat kucing anda setiap minggu

Timbang kucing dan rekodkan beratnya setiap minggu. Normal jika kucing anda tidak menunjukkan sebarang penurunan semasa dalam proses sebelum mencapai berat badan yang ideal. Berbincang dengan veterinar mengenai pengurangan pengambilan kalori sebanyak 5 ke 10% lagi untuk kesan yang lebih cepat.

Beri makan kucing anda secara berasingan

Jika anda mempunyai dua ekor kucing dan hanya salah seekor yang terlebih berat, jadi beri makan kucing anda di ruang yang berbeza. Ini akan memastikan setiap kucing akan menerima jumlah makanan yang bersesuaian dengan berat mereka.

Kaedah 3: Gunakan diet metabolik

Memahami apa itu diet metabolik

Diet ini berfungsi dengan menstimulasikan metabolisme kucing anda untuk bekerja dengan lebih kuat dan membakar lemak ketika melindungi otot kucing anda yang tidak berlemak. Pengkaji mendapati bahawa kucing yang tidak berlemak mempunyai kod genetik yang khas suntuk kadar metabolik yang tinggi dan mengetahui beberapa molekul makanan adalah lebih mudah menukar gen ini berbanding kucing lain.

  • Mudahnya, kajian menunjukkan yang diet kalori terhad akan menutup gen ini, jadikan ia lebih sukar untuk beberapa kucing mengurangkan berat badan.

Berbincang dengan veterinar anda

Jika kucing anda tidak menunjukkan penurunan berat badan dalam diet kalori terhad, anda boleh berbincang dengan veterinar anda mengenai diet metabolik untuk kucing anda.

  • Hills adalah pengeluar utama formula untuk diet metabolik. Ikut aturan yang dikeluarkan mengikut berat badan kucing yang ingin dicapai.

Kaedah 4: Lakukan perubahan tingkahlaku

Galakkan kucing anda untuk bersenam

Lebih banyak aktiviti, lebih banyak kalori akan dibakar. Kucing yang aktif akan menurunkan lebih banyak berat badan dengan lebih berkesan berbanding kucing yang langsung tidak aktif.

  • Galakkan kucing anda untuk bermain permainan mengejar laser.
  • Anda juga boleh gunakan permainan atau bulu pelepah yang diikatkan.
  • Jika kucing anda malas atau tidak menunjukkan minat untuk mengejar mainan tersebut, anda boleh cuba permainan kucing yang dilengkapi dengan catnip.

Menyediakan sumber air minuman dengan banyak

Air sangat penting untuk kekalkan kucing anda aktif selain membantu dalam metabolik. Pastikan air minuman kucing anda sentiasa ada dan bersih.

Menghiburkan kucing anda

Kucing pun boleh kebosanan macam manusia. Ramai pemilik kucing yang melakukan kesilapan dalam memberikan perhatian dalam bentuk pemberian makanan atau treats. Sebetulnya adalah memberikan perhatian kepada kucing dengan banyak bermain dan memberus kucing anda untuk mengelakkan kucing anda kebosanan.

Menyediakan makanan yang sedikit tapi dengan kerap

Jangan penuhkan mangkuk makanan kucing anda untuk sehari sama ada makanan berformulakan diet khas atau sebagainya. Berikan jumlah makanan yang sedikit namun kerap sehingga mencapai pengambilan kalori yang bersesuai dalam keperluan hariannya. Jadi anda patut membahagiakan hidangan kucing anda menjadi dua atau tiga hidangan dalam sehari.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment