Kucing Ada Perasaan Ke?

Semua pemilik kucing mesti mempunyai satu sifat ingin tahu mengenai satu persoalan mengenai kucing.

Adakah kucing mempunyai perasaan?

Ini adalah soalan yang menjadi kebiasaan kepada sesiapa sahaja yang membela kucing dan mereka pastinya akan menjerit YA!

Sudah tentulah kucing mempunyai perasaan, kucing kan benda hidup. Kucing mungkin dikenali dengan sikap ingin tahu mereka dan kenakalan mereka namun itu bukan hanya ciri-ciri yang ada pada kucing.

Membela kucing memberikan anda pengalaman untuk merasai kesemua emosi dan perasaan yang kucing ada. Pastinya kucing mempunyai pelbagai perasaan yang dipantulkan dari tindakan dan mata mereka. Kalau tak percaya cuba pukul kucing dan rasakan lah kemarahan mereka hehe..

Selain dari marah, kucing juga rasa letih, suka bermain, seronok, kelaparan dan perasaan lain yang  juga dirasai manusia.

Apa perasaan yang kucing rasai?

Kepelbagaian dalam mengekspresikan perasaan dan emosi bukan hanya dipunyai oleh manusia, namun bagi semua hidupan juga mempunyai cara tersendiri yang spesifik untuk mengekspresikan emosi mereka.

Namun kucing mempunyai kapasiti emosi yang terbesar berbanding haiwan peliharaan yang lain.

Julat emosi pada kucing seringkali dibandingkan dengan manusia malah ianya agak sama. Berikut merupakan emosi yang biasa dirasai oleh kucing:

1. Kasih dan sayang

Tidak ragu-ragu lagi yang kucing pun boleh menyatakan kasih sayang walaupun mereka tidak boleh berkata-kata. Kasih sayang adalah emosi yang paling asas dan walaupun pemangsa yang garang sekali pun, mereka tetap rasa kasih dan sayang sesama keluarga mereka.

Apabila kucing gembira dan mereka rasa selamat dan selesa, mereka menyatakan kasih sayang terhadap pemilik mereka.

Untuk menyatakan kasih dan sayang ada beberapa kucing berbunyi purring dan ada juga yang mengikut anda ke mana sahaja anda pergi. Setiap kucing adalah unik dan mempunyai cara yang berbeza dalam menunjukkan kasih sayang.

BACA JUGA: Tanda-tanda kucing sayangkan anda

2. Agresif dan ketakutan

Agresif mungkin emosi yang paling kuat seekor kucing gunakan apabila mereka marahkan sesuatu. Kucing mempunyai telinga yang sensitif jadi mereka mudah takut kepada bunyi-bunyi yang kuat.

Sejurus kucing menjadi ketakutan, mereka akan menjadi agresif. Ketika itu mereka mudah sahaja akan mencakar anda atau apa sahaja barangan di dalam rumah. Faktor lain yang menjurus kepada tingkahlaku agresif adalah apabila kucing menjado cemburi dan seseorang atau sesuatu yang menceroboh kawasan mereka. Kucing merasakan mereka mempunyai hak mutlak ke atas pemilik mereka dan tidak mahu untuk berkongsi perhatian.

Kucing juga boleh berdendam untuk tempoh masa yang lama!

3. Kesedihan

Ya bagi seekor kucing yang sentiasa ceria pun boleh bersedih. Mereka akan rasa sedih yang melampau dari isu perpisahan dan ketakutan dari pengabaian kucing mudah berasa depresi jika anda meninggalkan mereka tanpa peneman di rumah selama beberapa hari, tidak mendapatkan perhatian yang mencukupi atau berpindah ke rumah yang baru. Ini adalah kucing adalah haiwan yang tidak sukakan perubahan. Lebih-lebih lagi perubahan pada persekitaran yang mereka sudah selesa.

4. Kebahagiaan dan suka bermain

Keceriaan adalah sifat yang semulajadi bagi kucing. Mereka boleh bermain dan tidur sepanjang hari. Mereka kekal gembira kecuali mereka berhadapan situasi yang mengganggu emosi mereka. Kucing suka bermain dengan permainan yang kecil serta mengacau haiwan peliharaan yang lain. Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, anda akan sering melihat mereka bermain sesama sendiri.

Bagaimana untuk memahami emosi kucing anda?

Sekarang anda pun tahu yang kucing mempunyai emosi dan tahu untuk mengekspresikannya, jadi anda perlu tahu bagaimana untuk memahami perasaan mereka. Cara yang termudah untuk memahami emosi kucing anda adalah dengan bahasa tubuh mereka.

BACA JUGA: Panduan untuk memahami emosi kucing anda

Kesimpulan

Seperti yang dijelaskan, kucing mempunyai perasaan dan jujur dalam mengekspresikan emosi mereka. Manusia boleh menyembunyikan perasaan tapi seekor kucing tidak.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment