Salah satu kebimbangan kesemua pemilik kucing perlu berhadapan adalah kewujudan kutu pada kucing masing-masing.
Bukan sahaja membuatkan kucing tidak selesa malah merisikokan kesihatan mereka. Jadi penting untuk kita mengekang pembiakan kutu dengan pelbagai cara termasuklah penggunaan kolar anti kutu.
Apa itu kolar anti kutu?
Kolar digunakan pada leher haiwan untuk pelbagai tujuan seperti mengawal pergerakan mereka ataupun untuk mengikat haiwan tersebut. Bagi haiwan peliharaan, kolar anti kutu adalah jenis kolar yang banyak digunakan. Kolar jenis kni dilengkapi dengan bahan kimia khas yang berfungsi menghalau parasit yang hidup pada tubuh badan haiwan.
Kebaikan kolar anti kutu
1. Jimat
Pilihan yang lain dalam mengatasi masalah parasit luaran di kalangan kucing lebih banyak membelanjakan wang seperti rawatan spot-on dan aplikasi. Ubat yang selalunya didatangi dalam bentuk krim atau cairan yang perlu disapukan pada permukaan kulit untuk lebih berkesan. Terdapat juga jenis ubat-ubatan yang lebih sukar untuk diaplikasikan pada kucing.
2. Lebih menyenangkan
Perkara yang sukar pun ketika memasangkan kolar pada kucing. Selepas itu anda tidak perlu lakukan apa-apa. Tiada jadual berkala untuk diikut seperti sapuan ubat.
3. Tahan lebih lama
Terdapat kolar anti kutu yang dapat bertahan sehingga 8 bulan. Kebanyakan kolar anti kutu yang ada di pasaran selalunya bertahan selama 30 hari sahaja.
Bagaimana kolar anti kutu berfungsi?
Secara amnya, kolar anti kutu mempunyai dua fungsi. Jenis penghalau melepas gas ke dalam kulit haiwan. Gas inilah yang menghalau kutu. Jenis ini lebih efektif dalam menghalang parasit dari datang dan boleh dianggap sebagai satu penyelesaian pencegahan masalah kutu ini. Bahan yang selalu digunakan untuk tujuan ini adalah Amitraz, yang terbukti sebagai satu bahan kimia yang aktif dan efektif dalam menghalau parasit pada haiwan.
Jenis yang lain adalah jenis rawatan penuh. Ia didatangi dengan ubat yang disuntik ke lapisan lemak kucing. Bahan inilah yang bertanggungjawab secara aktifnya menghapuskan kutu di kawasan tersebut. Deltamethrin, Pyriproxifen dan Propoxur adalah bahan yang sering digunakan untuk tujuan ini. Deltamethrin dikenali sebagai bahan penghalau parasit yang paling selamat digunakan. Pyriproxifen berfungsi dengan mensterilkan parasit supaya kutu-kutu ini tidak mampu untuk matang dan membiak. Propoxur pula sifatnya sangat toksik, jadi semua dinasihati supaya berhati-hati apabila mengendalikannya.
Rasanya yang ada dipasaran yang jenis penghalau biasa tu. Setakat ni MM tak pernah jumpa lagi jenis suntik-suntik ini.
Cara penggunaan
Ada kolar yang berfungsi untuk kedua-dua tujuan. Ada juga yang jenis satu fungsi sahaja. Jadi pemilik kucing seharusnya peka dalam pemilihan kutu anti kolar ini bergantung kepada situasi dan keadaan kucing.
Kolar ini mempunyai cara pemakaiannya yang spesifik. Kolar tersebut perlu dipakaikan muat-muat pada leher kucing anda tetapi jangan sampai melemaskan. Matlamatnya supaya kolar tersebut mempunyai sentuhan secara terus pada kulit kucing untuk kesan yang lebih efektif.
Penukaran kepada kolar baru yang kerapnjuga penting. Mengikut kepada jangka hayat kolar tersebut, jika hanya selama 30 hari, maka selepas 30 hari anda perlu menukarkan kolar yang baru pula.
Keburukan penggunaan kolar anti kutu
Terdapat beberapa kebimbangan yang timbul mengenai penggunaan kolar anti kutu ini. Salah satunya adalah ada kucing yang lebih sensitif berbanding kucing yang lain. Penggunaan kolar ini boleh merengsakan kulit kucing. Hasilnya kucing akan mengalami keguguran bulu dan kerosakan pada kulit mereka.
Isu yang lain pula adalah risiko kolar tersebut tersangkut pada sesuatu. Tidak kira samada pagar rumah atau pun pokok-pokok. Ini lebih risiko kepada kucing yang sering merayau-rayau.
Terdapat juga persoalan terhadap skop keberkesanan kolar ini kerana lokasi perletakkannya. Ia dikatakan hanya berkesan pada kawasan leher dan kepala kucing sahaja. Bahagian tubuh kucing yang lain masih dijangkiti kutu.
Gunakan dengan berhati-hati
Bahan penghalau parasit sememangnya dikenali dengan sifatnya yang toksik kepada haiwan serta manusia itu sendiri. Ketoksikan ini tidaklah memberi kesan melalui kulit. Walaubagaimanapun kesan gas yang dilepaskan boleh dihirup atau paling buruk sekali, ditelan oleh anak kecil yang sememangnya bahaya.
Tidak semua kucing sesuai dipakaikan kolar anti kutu seperti contoh, kucing yang mempunyai masalah kesihatan, kucing yang uzur dan sudah tua, kucing yang bunting dan menyusukan anak serta anak kucing yang masih kecil.