Kisah Pertemuan Semula Kucing Yang Sudah Hilang Selama 15 Tahun

Keluarga dari Cornwall UK tidak dapat mempercayai selepas 15 tahun kucing mereka yang hilang dijumpai dan dibawa kepada mereka dari klinik veterinar yang berada jauh 35 batu.

Apabila Janet Barnes berpindah bersama suami barunya Peter dan bersama mereka kucing yang bernama Winston berusia dua tahun. Winston suka keluar meronda-ronda dan dipercayai kerana berpindah ke rumah barulah punca Winston menghilangkan diri.

“Jujurnya, ia sangat perkara yang sukar untuk dipercayai. Lega akhirnya dapat bertemu semula dengan Winston,” kata Janet. “Kami langsung tidak tahu di mana Winston berada selama ini. Kami ingat Winston tinggal bersama orang lain namun apa yang mengejutnya Winston ditemui lemah di tepi jalan.”

Mereka sudah tinggal di rumah yang baru selama 8 bulan. Apabila Winston menghilangkan diri, mereka sangka kerana adanya anjing dan remaja di dalam ahli keluarganya yang baru.

“Keadaannya sangat lemah apabila dibawa ke veterinar,” tambah Peter. “Mereka kata bulu Winston kusam.”

Nasib menyebelahi Winston kerana Winston mempunyai mikrocip jadi mereka boleh mengesan ia kepada kami. Saya sangat percaya bahawa mikrociplah yang menyelamatkan nyawa Winston. Tanpa mikrocip dengan keadaan dan umurnya yang sudah lanjut sudah tentu Winston akan dim4tikan oleh pihak tertentu.”

Steve Cox dari klinik veterinar tersebut menjelaskan:

“Kami selalu menemui anjing dan kucing yang terpisah dari tuan mereka namun tiada yang terpisah lama dan mampu hidup lama tanpa penjagaan dari manusia seperti Winston ini. Kami tidak pasti bagaimana Winston mengharungi kisah survivalnya dari St Austell ke Launceston. Kami galakkan pemilik haiwan untuk dapatkan mikrocip untuk haiwan mereka, ia murah dan tidak sakit dan dapat membantu sekiranya haiwan peliharaan anda hilang”.

Winston kini dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama-sama rakan anjingnya yang baru saja diselamatkan.

“Saya pasti Winston mempunyai banyak pengalaman dalam pengembaraannya sebelum ini tapi kini ia boleh hidup selesa dan aman menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang ada bersama keluarga yang sangat menyayanginya”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment