Kisah Menakjubkan Kucing Kapal Titanic Yang Bernama Jenny

14 April merupakan ulangtahun kejadian malang yang menimpa penumpang-penumpang kapal yang terkenal iaitu RMS Titanic yang berlayar dari Southhampton ke New York dan melanggar gunung ais.

Kapal yang dikatakan tidak akan karam ini akhirnya karam pada awal pagi 15 April.

Ada kucing yang berlayar sekali di kapal Titanic ke?

Sudah berkurun lama kucing-kucing dibawa berlayar di atas kapal untuk menangkap tikus serta menjadi peneman pelayar sepanjang perlayaran mereka yang mengambil masa lama.

Dan ya kapal titanic juga tidak terkecuali. Titanic mempunyai kucing kapal yang bernama Jenny.

Menurut wikipedia ini merupakan kisah Jenny si kucing titanic:

Titanic mempunyai kucing rasminya sendiri yang bernama Jenny yang dibawa berlayar sebagai maskot dan juga bekerja untuk mengawal populasi tikus. Dipindahkan dari kapal Olympic, Jenny melahirkan anak semninggu sebelum Titanic mula berlayar dari Southampton. 

Jenny tinggal di galley di mana staf-staf kapal akan memberi Jenny dan anak-anaknya makan dari saki baki makanan dapur. Pramugari kapal bernama Violet Jessop menulis yang

“Jenny dan anak-anaknya selalu datang berdamping kepada Jim iaitu seorang pekerja yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja dapur. Jim adalah individu yang selalu dicari oleh Jenny.”

Jadi apa takdir yang menimpa Jenny dan anak-anaknya? Rupa-rupanya pada 10 April 1912 di Southampton, England sedang penumpang pertama menaiki Titanic, Jenny dilihat membawa satu-satu anaknya keluar dari kapal itu.

Khabar angin mengatakan yang Jim, penjaga Jenny yang tidak sah itu nampak kucing tersebut meninggalkan Titanic bersama-sama anak-anaknya dan melihat kejadian ini sebagai satu petanda. Jim juga dikatakan mengemas barang miliknya dan meninggalkan kapal titanic juga selepas melihat Jenny.

Pastinya kisah ini mungkin cerita dongeng namun agak menakjubkan juga apabila kucing yang bernama Jenny mampu mengelakkan dirinya serta anak-anaknya dari kejadian malang yang menimpa kapal Titanic. Tidak lupa juga menyelamatkan penjaganya dari kejadian kapal karam yang paling terkenal dalam sejarah manusia.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment