Kini Terdapat Vaksin Baru Yang Menghalang Anda Dari Mengalami Alergi Terhadap Kucing

Ada berita baik buat golongan alergi kucing ini. Saintis sudah mencipta vaksin untuk kucing yang dapat menghentikan reaksi alergi yang anda alami kerana kucing.

Pendek ceritanya jika kucing diberi vaksin ini, kucing akan kurang menghasilkan alergen yang menyebabkan kita bersin.

Pengkaji di Universiti Hospital Zurich,  menerbitkan kajian mereka di Journal of Allergy and Clinical Immunology, mengenai vaksin HypoCat mereka.

Sains disebalik vaksin ini mudah sahaja untuk difahami. Kucing menghasilkan protein Fel d 1, yang merupakan satu di antara 5 bahan alergenik menurut IFLScience.

Dalam kajian ini sebanyak 54 ekor kucing diuji dengan vaksin HypoCat ini, yang kemudiannya menghasilkan antibodi yang dapat melumpuhkan Fel d1 ini. Yahooooo!!!

Inilah salah satu situasi di mana semua orang menang! Ini berita baik buat golongan alergi kucing.   Walaubagaimanapun kita jangan teruja terlebih awal. Rawatan ajaib untuk alergi kucing ini masih jauh untuk menjadikan kehidupan kita lebih elok. Vaksin ini hanya boleh didapati dalam 3 tahun kemudian, namun kita pasti boleh sabar menunggu kan?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment