Kini Terdapat Alat Yang Dapat Membantu Anda Mengambil Gambar Selfie Yang Sempurna Bersama Kucing Anda

Siapa yang pernah selfie dengan kucing tahu sangatlah betapa sukarnya hendak mengekalkan kucing anda duduk diam.

Namun lelaki yang tinggal di Hong Kong ini ada penyelesaian untuk anda kaki selfie bersama kucing ni.

Alat yang dipanggil ‘Cat Selfie Device’ ini dibuat khas untuk mengambil selfie bersama kucing anda.

Alat ni mengelakkan kucing anda bergerak-gerak dan tidak duduk diam.

Cat Selfie Device ini hanyalah gajet ringkas yang diletakkan di atas telefon bimbit anda yang mempunyai loceng kecil ditengah, berfungsi untuk menarik perhatian kucing anda. Jadi selfie lepas ini lebih mudah.

Gajet ini mempunyai loceng kecil yang dapat menarik perhatian kucing anda.


Tak pasti pulak bila nak masuk pasaran Malaysia tapi semestinya gajet ni must have item lah untuk pencinta kucing.

Kredit foto: Bubblegum

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment