Kini Sudah Ada Ujian Genetik Kucing Pertama Di Dunia Yang Boleh Diuji Hanya Di Rumah Sahaja

Pencinta kucing kini boleh bergembira! Ujian DNA kini sudah ada untuk kucing dan ia agak pawsome!

Terima kasih kepada Basepaws, kini kita boleh mengetahui rahsia disebalik DNA kucing dan kits boleh mengenali kucing kita di tahap yang baru. Ujian DNA kucing dari Basepaws ini dapat mengetahui latar belakang kucing anda, asal usul, dan kecenderungan kesihatannya.

Misi syarikat genetik ini adalah untuk menghasilkan data genetik kucing terbesar dan mencari jawapan dan penyelesaian dalam sains dan kesihatan kucing.

Kenapa perlu ujian DNA kucing ni?

Kita selalu memikirkan mengenai asal usul kucing kita kan? Dengan adanya Basepaws ini mengetahui latar belakang kucing kini lebih mudah. Versi terkini laporan Basepaws termasuklah index baka dan index kucing liar index, dan akan dikembangkan dengan laporan kesihatan juga.

“Adalah menjadi matlamat kami untuk menghubungkan ciri-ciri fizikal dan genetik, yang akan menjurus kepada karakteristik fizikal namun ini bukanlah hubungkait secara terus. Semakin data kami membesar, hubungkait ini akan jadi lebih jelas dan mudah untuk dikenalpasti”  – jelas pasukan Basepaws.

Bagaimana ia berfungsi?

Prosesnya sebenarnya agak mudah. Anda boleh order Basepaws CatKit dari laman web mereka dan mereka akan mengepos kepada anda dengan segera (makmal mereka berada di Los Angeles, California). Kit ini mengandungi putik kapas untuk pengambilan air liur kucing. Dengan hanya beberapa sapuan dan anda sudah siap! Basepaw kemudian akan jalankan pemeriksaan DNA tersebut melalui data mereka yang sentiasa berkembang itu.

Apa yang ia laporkan kepada saya?

Apabila anda menerima laporan dari Basepaws, ia akan mengandungi beberapa seksyen yang berguna.

  • Informasi mengenai sejarah evolusi kucing serta  tips untuk mentafsir laporan kucing anda
  • Ringkasan dalam penemuan yang diserlahksn yang termasuk 3 salasilah baka yang lebih menyerupai kucing anda dan 3 saudara evolusi kucing liar yang dekat dengan kucing anda.
  • Peta kromosom yang selalunya mewakili keseluruhan gen kucing anda dan membolehkan anda mengetahui seksyen apa yang berkaitan dengan DNA kucing anda kepada 4 kumpulan utama baka kucing.
  • Seksyen yang mengambil kita semua data kesihatan dan penjagaan untuk membantu anda memberikan penjagaan yang terbaik untuk kucing anda.

Macam best kan? Kalau teringin nak beli boleh klik gambar di bawah ni:

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment