Kini Anda Boleh Menjilat Kucing Anda Seperti Kucing Dengan Produk Ini

Terdapat banyak jenis produk grooming untuk kucing yang berada di pasaran.

Satu produk ini bukan hanya bagus untuk kucing, malah bagus untuk pemilik kucing juga.

Berus PDX Licki yang direka oleh PDX Pet Design ini adalah berus kucing unik yang membantu anda merapi kucing anda. Namun ia juga dapat membantu merapatkan lagi ikatan bersama kucing anda kerana ia seperti memimik perlakuan ibu kucing menjilat anaknya.

Berus PDX Licki ini kelihatan seperti lidah dan anda sebenarnya perlu memegang berus ini menggunakan mulut untuk memberi impresi yang anda menjilat kucing anda.

Diperbuat dari silikon grad makanan, dimana material ini sangat selesa untuk kucing yang mempunyai kulit yang sensitif. Berus yang lembut dan fleksibel yang ada pada kedua-dua sisi berus PDX Licki untuk memudahkan kegunaannya.

Berus PDX Licki ini sangat menenangkan untuk anda dan ia merupkan cara komunikasi yang terbaik untuk menyatakan kasih sayang anda kepada kucing anda yang mereka akan faham. Anda boleh membina hubungan yang lebih baik bersama kucing anda.

Cuba tengok cara penggunaan Licki Brush ini:

Haha MM tak terasa pun nak beli. Lebih mudah guna berus yang biasa hehe… Lenguh mulut oi…

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment