Khasiat Labu Buat Kucing

Kucing dikenali dengan haiwan yang mudah menerima apa sahaja makanan walaupun pada dasarnya kucing merupakan haiwan karnivor.

Kucing boleh makan makanan manusia selagi mana ia tidak menganggu masalah pencernaan dan tidak menyebabkan toksin kepada kucing. Makanan manusia yang sangat memberikan kebaikan pada kucing tidak lain tidak bukan labu.

Kebaikan labu pada kucing

Serat

Salah satu kualiti nutrisi sebiji labu adalah ia kaya dengan serat. Apa itu serat? Serat adalah bahan yang tidak dapat diuraikan oleh enzim dalam badan. Kebaikan serat pada kucing adalah seperti berikut:

  • Kawalan berat— Serat memberikan kucing anda kenyang walaupun kalori yang diambil adalah sikit. Ini membantu dalam pengurangan berat berat kucing yang obesiti.
  • Rawatan cirit birit — Labu mempunyai serat yang boleh larut dan ini membantu dalam penyerapan air yang berlebihan di dalam perut sekali gus membantu dalam penyembuhan atau pengurangan cirit birit. Jika kucing anda masih cirit birit lebih 24jam sila bawa ke veterinar berhampiran.
  • Sembelit— Sebaliknya, labu mempunyai serat yang tinggi yang boleh berfungsi sebagai julap. Kombinasi serat dan lembapan bagus untuk memudahkan pembuangan najis kucing.
  • Rawatan hairballHairball juga boleh dilegakan dengan labu melalui mekanisma sama seperti ia melegakan sembelit pada kucing.

Kaya dengan nutrisi:

Labu penuh dengan nutrisi yang memberi banyak kebaikan kepada sistem badan kucing. Nutrisi yang ada pada labu adalah:

  • Vitamin A— Membantu dalam mengekalkan kesihatan sistem imun kucing dan memberi penglihatan yang baik.
  • Vitamin C — Membantu dalam reaksi enzim dan sintesis kolagen.
  • Vitamin E — Merupakan antioksida yang larut dalam lemak dan pemangkin aktiviti enzim
  • Alpha Karoten — Antioksida yang mengelakkan kerosakan pada sel
  • Kalsium — Menyokong fungsi sitoplasma dan memineralkan tulang dan gigi
  • Zat Besi — Menyumbang kepada respiratori selular, oksidasi dan penghasilan hemoglobin
  • Lutein — Menyumbang kepada kesihatan mata, kulit dan bulu kucing

Cara -cara untuk memberikan kucing anda labu

JANGAN BERI:

  • Batang labu — Keras untuk pencernaan. Lagipun kita manusia pun tak makan batang labu kan?
  • Kulit labu — Buat baja boleh lah jangan beri kucing anda makan kulit labu. Sangat keras untuk pencernaan.
  • Pulpa Labu — Bahagian lembut pada tengah labu.
  • Labu mentah — Keras untuk pencernaan
  • Labu dalam tin — Mengandungi gula dan pengawet yang tidak bagus untuk kucing

BOLEH BERI:

  • Biji labu — Biji labu segar boleh diberikan kepada kucing namun ia perlulah dibasuh terlebih dahulu dan dibakar pada suhu 170 celsius selama satu jam. Jangan tambah garam atau apa apa rempah. Kisar biji labu terlebih dahulu sebelum dicampurkan ke dalam makanan kucing.
  • 100% labu dalam tin yang tiada bahan pengawet, gula mahupun bahan bahan yang lain
  • Labu segar yang dibakar mahupun direbus sehingga lembut.

Kebanyakan kucing suka dengan rasa labu. Jika kucing anda tidak sukakan labu, campurkan labu dalam makanan basahnya.

Dalam setiap langkah memperkenalkan labu dalam diet kucing anda, sila pantau keadaan najis kucing anda. Jika terlalu cair seperti cirit birit sila kurangkan pengambilan labu.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment