Kepercayaan Masyarakat Mesir Purba Terhadap Kucing

Setiap kali kucing anda yang gebu dan comel itu datang untuk duduk di riba anda, anda boleh berterima kasih kepada Mesir Purba.

Bukti DNA mengesahkan yang kucing liar yang pertama mendomestik kan dirinya berada di Mesir pada 10,000 tahun yang lalu apabila seekor kucing didapati berkeliaran di kawasan masyarakat pertanian untuk menangkap tikus yang menganggu tanaman.

Namun tahap pengabdian masyarakat Mesir purba melebihi kasih sayang pemilik kucing terhadap kucingnya. Lebih ribuan tahun, kucing di Mesir berevolusi dari pemangsa yang berguna untuk masyarakat setempat kepada perwujudan fizikal sesuatu dewa dan simbol dalam perlindungan yang abadi.

Kredit gambar: History.com

“Masyarakat Mesir purba melihat kucing sama seperti perspektif mereka terhadap segala benda di dunia ini, ia seperti cara untuk menerangkan dan mempersonakan alam semesta,” jelas Melinda Hartwig seorang Egyptologist.

Hartwig ingin menjelaskan satu hal iaitu masyarakat Mesir Purba tidak menyembah kucing namun mereka percaya bahawa kucing mempunyai kuasa seakan akan dewa di dalam diri mereka. Kepercayaan yang banyak tersebar adalah mengenai kucing domestik yang membawa intipati kuasa dewi Bastet (Bast), yang merupakan dewi berkepala kucing yang membawa kesuburan, rumahtangga, muzik, tarian dan keseronokkan.

Kredit gambar: HSW static

Oleh sebab itulah kucing dilindungi dan dihormati. Sehinggakan pada pertengahan abad penalti kerana memb*nuh kucing walaupun tidak disengajakan, adalah penalti kem4tian.

Baru baru ini terdapat dozen mumia kucing dijumpai dari kawasan perkuburan makam terbaru yang dijumpai di Mesir. Penemuan pada bulan ini terdapat banyak mumia yang digali disamping ada juga yang ditanam di dalam ker4nda batu kapur.

The Vintage News

Hartwig berkata terdapat banyak mumia kucing terselamat sepanjang abad kerana terdapat larangan untuk memusnahkannya di Mesir Purba kerana kucing membawa intipati kuasa dewi Bastet. Jadi mumia mumia kucing ini disimpan didalam ruang pengebumian pra-kewujudan dan di k*bur bawah tanah yang kedua.

Bagi kucing yang ditanam di dalam keranda, Hartwig berkata ia merupakan tempat untuk haiwan peliharaan keluarga yang m4ti kerana sebab semulajadi. Kucing lain yang tak diragukan lagi dib*nuh dan dimumiakan untuk menemani pemiliknya ke alam barzakh. Masih terdapat banyak lagi kucing dan anak kucing dikorb4nkan dan dimumiakan hanya untuk ritual kuil.

Kredit gambar: HSW Static

Kucing kerap ditemui di mural dan artifak Mesir purba termasuklah patung gangsa berbentuk ibu kucing menyusukan 4 anaknya dan patung singa besar yang tengah duduk diperbuat batu kapur yang dipamerkan di pameran “Divine Felines” baru baru ini di Muzium Carlos. Menurut science.howstuffwork, informasi mengenai penghormatan terhadap kucing oleh masyarakt Mesir purba berasal dari sejarah yang ditulis oleh sejarawan Greece purba yang bernama Herodotus pada¬† abad ke empat sebelum masihi.

Kredit gambar: history.com

Hartwig tidak pasti sebanyak mana boleh dipercayai dari tulisan Herotus. Sebagai contoh menurut Herodotus, keluarga Mesir purba akan mencukur kening mereka jika kucing mereka m4ti kerana sebab semulajadi dan akan mencukur keseluruhan bulu di badan jika anjing mereka m4ti. Menurut Herodotus lagi jika rumah orang Mesir dimakan oleh api, orang Mesir tersebut tidak akan cuba untuk memadamkan api tersebut namun lebih fokuskan dalam menyelamatkan kucing kucing mereka.

Herodotus juga menyebarkan kisah mengenai penaklukan Mesir oleh Parsi pada tahun 525 sebelum masihi, apabila raja Parsi Cambyses II sepatutnya menggunakan kasih sayang orang Mesir terhadap kucing, digunakan untuk melawan orang Mesir. Herodotus menulis yang Raja Cambyses II mempunyai gambar kucing yang dilukis pada perisai askar askarnya dan melepaskan banyak kucing kucing dan haiwan yang lain di hadapan askarnya. Oleh kerana menghormati dewi Bastet, askar Mesir takut untuk mencederakan kucing kucing yang datang ke arah mereka lalu mereka menyerah diri sahaja.

BACA JUGA: Peperangan Pelusium Firaun kalah disebabkan kucing

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment