Kenapa Third Eyelid Muncul Pada Mata Kucing Anda?

Mata kucing mempunyai membran dalam yang dikenali sebagai third eyelid. Ini untuk membezakan kelopak mata yang luar. Anda mungkin pernah melihatnya pada kucing anda kerana ia merupakan tanda masalah kesihatan.

Apakah itu third eyelid?

Nama saintifiknya adalah Tertia Palpebra. Selalunya dikenali sebagai Third eyelid atau nictitating membran. Ia adalah tisu yang berada di sekeliling kornea, konjunctiva dan membran mucous.

Fungsi third eyelid ini adalah untuk melindungi bebola mata dari apa sahaja objek asing dari trauma. Ia juga bertanggungjawab untuk melepaskan cecair yang mempunyai antiseptik untuk melawan bakteria dan organisma mikro yang boleh menyebabkan penyakit.

Tisu pada kata ini juga kadangkala dikenali sebagai haw. Pada haiwan yang lain termasuklah burunh, ia berfungsi untuk melembabkan bebola mata ketika mata terbuka.


Jika anda melihat third eyelid kucing anda samada sebelah mata atau kedua-dua belah mata, ini bermakna yang kucing anda dalam kesakitan dan mempunyai penyakit. Ada beberapa kajian yang mengatakan kemunculan membran ini berkaitan dengan parasit pada usus dan masalah pencernaan, manakala ada yang mengatakan masalah ini berkaitan dengan mata kucing itu sendiri.

Punca third eyelid muncul pada mata kucing

Konjunctivitis

Jangkitan mata ini bukan hanya menyebabkan kemunculan third eyelid namun juga menyebabkan mata kucing anda bengkak dan berair.

 Dehidrasi

Apabila kucing tersangat dehidrasi, kemunculan tisu pada mata ini merupakan tanda dan gejala masalah kesihatan yang serius. Perlu bawa kucing anda ke rawatan.

Kecederaan

Jika kucing anda mengalami pukulan atau trauma di muka, kedua-dua mata kucing anda mungkin dijangkiti juga. Bawa kucing anda ke veterinar dengan segera.

 Benda asing

Apa sahaja benda asing yang memasuki mata kucing anda, samada habuk, atau sesuatu akan menyebabkan membran ini muncul sebagai mekanisme untuk melindungi bebola mata kucing.

 Kanser

Tidak mustahil untuk mata kucing dijangkiti sel kanser. Tapi penyakit ini sangat jarang berlaku di kawasan mata. Walaubagaimana pun sekiranya berlaku, ia boleh menjadi proses yang cepat dan membawa maut.

Syndrom Haw

Nama penyakit ini diberikan kepada kemunculan third eyelid apabila berkaitan dengan masalah pencernaan yang dialami oleh kucing samada cirit-birit yang teruk atau kecacingan. Ini sering berlaku pada kucing yang kurang dari usia 2 tahun.

Genetik

Ada beberapa baka kucing seperti kucing burma mungkin mengalami koyakkan atau protrusi membran dalam mata yang sangat tidak selesa bagi mereka.

Dermoid cyst

Dermoid cyst selalunya sudah wujud sejak lahir dan akan membesar secara perlahan-lahan  semakin kucing meningkat usia. Selalunya ia tidak dikesan sehinggalah muncul gejala kedua. Satu kajian kes pada anak kucing yang mempunyai third eyelid jelas kelihatan dari 2016 menunjukkan yang ia boleh kelihatan pada mana-mana bahagian mata. Hasilnya adalah protusi yang kekal membran mata ini. Walaubagaimanapun, kajian sama yang menyatakan mana-mana ocular dermoid muncul secara tidak kerap dan boleh dirawat.

Tambahan lagi jika anda dapat melihat third eyelid mata mata kucing anda, mata tersebut akan mula berair. Kucing anda mungkin akan menyentuh mata mereka kerana ketidakselesaan.

Third eyelid muncul pada sebelah mata sahaja

Jika membran ini muncul pada sebelah mata sahaja ia masih lagi perlu dibimbangkan. Ia mungkin menunjukkan masalah pada sebelah bahagian badan, namun ia masih merupakan isu kesihatan yang perlu rawatan.

Tambahan lagi jika sebelah mata sahaja muncul membran ini, ia mungkin terjadi beberapa kerosakan pada membran ini. Ini mungkin sebabnya kenapa hanya pada sebelah mata sahaja. Walau apa pun penting untuk anda membawa kucing anda ke veterinar untuk pemeriksaan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment