Kenapa Perut Kucing Kita Melayut? Anda Mungkin Terkejut Mengetahui Sebabnya

Bila kita tengok kucing berjalan mesti kita boleh nampak perut kucing bergoyang-goyang kan?

Kredit foto: Cat-World

Kebanyakan pemilik kucing akan beranggap yang kucing mereka meningkat berat badan tapi bukan.. Perut kucing kita melayut atau lebih dikenali sebagai lipatan abdominal hanyalah lebihan lapisan kulit dan lemak. Seperti yang tahu di situ merupakan kawasan no entry kalau kita nak belai kucing… Kalau tak kena ngap je!

Ada juga pemilik kucing beranggap yang memandulkan kucing menyebabkan perut kucing melayut ini, tapi tidak benar ya. Menurut PetCentral.com, memandulkan kucing menyebabkan kadar metabolisme kucing sedikit perlahan. Yang menyebabkan beberapa kawasan tubuh yang berlemak berpindah ke kawasan tubuh yang lain selalunya abdomen.

Tapi ini berbeza dari perut melayut ini yang ahli biologi mengatakan mempunyai beberapa fungsi yang spesifik.

Apa fungsi perut melayut ni??

Ahli biologi mengemukakan 3 teori untuk memberikan fungsi perut melayut kucing ini atau digelar sebagai pridormial pouch, di mana kesemua kucing ada tidak kira jantina, usia, berat malah baka.

Teori 1: Perut melayut ini melindungi organ penting kucing apabila bergaduh

Sudah menjadi lumrah kucing bergaduh kan? Jadi perut melayut ini adalah cara untuk melindungi orang penting dari kecederaan semasa pergaduhan yang teruk. Tapi tahukah anda, kucing juga akan menggugurkan kulit di seluruh badan untuk membantu mereka menggelupur dan melarikan diri dari pemangsa!

Teori 2: Perut melayut itu membantu kucing meregang sepenuhnya ketika berlari

Apabila kucing mengejar mangsa, primordial pouch ini membantu kucing bergerak dengan lebih mudah. Ia juga meningkatkan keupayaah kucing untuk bergerak, berpusing dan melompat.

Teori  3: Memenuhkan makanan yang banyak dalam perut!

Kucing yang hidup di dunia liar kadang kala tidak makan beberapa hari. Walaupun kucing anda tahu dan bilanya waktu makan mereka, primordial pouch ini membantu kucing menyimpan makanan lebih di dalam perut. Kalaulah perut melayut kita ni boleh buat perkara yang sama! Ini merupakan salah satu sebab kenapa kucing sangat menakjubkan!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment