Kenapa Mencakar Sangat Penting Untuk Kesihatan Dan Kesejahteraan Kucing?

Mencakar adalah tingkahlaku yang normal dan penting untuk spesis kucing.

Mencakar memberi banyak keperluan untuk kucing yang kita mungkin tidak sedar kerana kita manusia tidak sama macam kucing kan? Hehe

1. Mencakar penting untuk kucing rasa gembira dan sihat

Kita boleh lihat kucing kita mengeluarkan kuku mereka dan mencakar. Ia sama seperti yoga bagi kucing. Ia memberi kegembiraan pada kucing. Otot yang sama untuk kucing mengeliat adalah otot yang sama digunakan untuk memanjat dan berlari. Dengan mencakar, dapat mengelakkan otot tersebut kejang atau sakit. Mencakar adalah cara yang terbaik untuk kucing melonggarkan ototnya selepas tidur.

2. Tanda cakaran adalah simbol dalam dunia kucing

Kucing menggunakan kuku mereka untuk berkomunikasi dalam cara yang berbeza. Mereka boleh meninggalkan isyarat kepada kucing lain apabila mereka mencakar sesuatu permukaan lebih-lebih lagi permukaan yang menegak.

3. Kucing meninggalkan mesej apabila mereka mencakar

Apabila kucing mencakar, kucing meninggalkan bau yang memgandungi pheromone. Pheromone adalah bahan kimia yang membawa mesej. Ia tidak berbau namun boleh dihidu oleh kucing. Bahan kimia ini meninggalkan mesej tersembunyi kepada kucing lain.

BACA JUGA: Jom buat sendiri penyembur mengelakkan kucing mencakar perabot anda

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment