Kenapa Kucing Tidak Boleh Makan Coklat?

Pemilik kucing cenderung untuk berkongsi apa yang mereka makan dengan kucing mereka. Walaubagaimanapun tidak semua makanan yang manusia boleh makan, kucing pun boleh makan. Adakah selamat untuk beri kucing anda coklat? Ini yang anda perlu tahu…

BACA JUGA: Makanan yang anda boleh kongsi bersama kucing anda

Adakah coklat selamat untuk kucing?

Malangnya, coklat toksik kepada kucing anda. Apabila kucing makan hanya sedikit sahaja coklat, ini akan menyebabkan ganguan pada usus dan akan menyebabkan kucing anda cirit-birit dan muntah. Jika banyak coklat yang dimakan, simptom akan bertambah teruk dan akan menyebabkan sawan atau koma. Ada kes yang menyebabkan kematian sekiranya kucing makan coklat.

Dua komponen pada coklat yang membahayakan kucing. Ia adalah stimulan kaffien dan theobromine.

Jenis coklat yang lebih bahaya

Terdapat beberapa jenis coklat yang lebih membahaya kepada kucing berbanding jenis coklat yang lain. Secara mudahnya adalah, semakin gelap coklat tersebut, semakin bahaya kepada kucing anda. Coklat putih tidak membahayakan kucing anda kerana ia hanya mempunyai sisa bahan yang membuatkan kucing ketoksikan. Coklat susu akan menyebabkan kucing anda sangat sakit sekiranya makan secara banyak. Coklat yang paling bahaya adalah coklat gelap kerana ia mempunyai bahan toksik yang berbahaya kepada kucing sehingga tahap yang pekat dan kuat.

Contoh coklat yang membahayakan kucing anda adalah, serbuk koko tidak manis, coklat masakan dan coklat gelap 60% ke atas.

Kesimpulan

Oleh sebab kucing adalah haiwan karnivor tegar seelok-eloknya janganlah beri makanan yang bukan tergolong dalam kumpulan makanan haiwan karnivor…

BACA JUGA: Menurut kajian makan coklat gelap setiap hari bagus untuk otak

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment