Walaupun kucing suka menghabiskan masa dengan tidur siang, kebanyakan kucing juga suka tidur besama-sama tuan mereka pada waktu malam.
Walaupun kucing ni tidaklah akan tidur selama 8 jam berterusa, namun jangan terkejut sekiranya kucing anda berada di kaki apabila tiba masanya untuk ia tidur. Anda mungkin terjaga apabila kucing anda berjalan ke wajah anda atau bebunyi untuk makan. Namun selama beberapa jam kucing anda tidur di hujung katil anda, ianya satu perasaan yang sangat mengharukan. Anda sepatutnya berasa disayangi apabila kucing anda memilih untuk tidur di katil anda, namun kenapa selalunya di kaki anda?
Berikut merupakan beberapa sebab kenapa kucing anda memilih untuk berada di hujung katil anda bebanding di bantal, di atas riba mahupun di bilik yang lain…
Ianya selesa
Sesiapa yang mengatakan kucing tidak penyayang sememangnya tidak pernah mempunyai ikatan yang sebenar bersama kucing. Kucing boleh jadi penyayang dan kucing suka menunjukkan perasaan sayang tesebut dengan sentuhan fizikal dan dengan suka berada berdekatan dengan kita. Apabila kita bertenang dan diam, kucing melihatnya seperti satu peluang untuk dibelai.
Dengan berada berhampiran dengan manusia kegemaran, kucing berasa selamat dan selesa. Emosi positif ini sudah cukup kuat untuk memberikan keyakinan kepada kucing anda untuk tidur bersama-sama anda setiap kali waktu tidurnya. Walaupun mereka hampir menyentuh kaki anda yang berada di bawah selimut, kucing anda tahu yang anda ada berdekatan.
Saling melindungi
Selain berasa disayangi dan selesa, kucing juga memilih untuk tidur di hujung katil kerana mereka rasa dilindungi. Naluri kelangsungan hidup kucing memberitahu mereka yang kucing sangat mudah terdedah kepada bahaya apabila mereka tidur. Dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini mereka tahu yang mereka berada di samping manusia yang boleh membantu mereka. Kucing anda mengharapkan anda untuk melindungi mereka namun mereka juga mahu melakukan perkara tersebut kepada anda juga. Kucing boleh jadi sangat melindungi akan seseorang yang mereka sayangi. Kucing tidur di hujung katil supaya mereka ada apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Pengawalan Suhu
Sama juga seperti kita yang akan bergulung di dalam selimut, kucing anda juga suka untuk menyelesakan diri mereka di kawasan yang hangat. Kucing sukakan kawasan yang hangat, namun mereka juga tidak suka sekiranya terlalu panas.
Mungkin tidur di hujung katil kaki kucing berasa hangat dengan suhu badan kita. Sekiranya cuaca lebih sejuk mungkin kucing anda akan tidur di kawasan yang lebih hangat seperti di abdomen atau kepala anda.
Lebih Banyak Ruang Untuk Diri Mereka
Kucing kita tidak rasa bersalah untuk mengejut kita dari tidur ang lena, namun mereka tidak suka diganggu. Ceh! Sekiranya anda mengganggu kucing yang sedang tidur, mereka kemungkinan anda bangun dan terus meninggalkan anda untuk protes. Kucing memilih untuk berada di hujung katil kerana di situlah tempat di mana kita kurang untuk bergerak. Jadi tidur mereka lebih aman.
Setiap kucing adalah unik dan mereka semua mempunyai tempat tidur kegemaran yang berbeza. Kucing anda mungkin suka tidur di hujung katil kerana salah satu sebab yang dikongsikan MM tadi atau mungkin keseluruhan sebab. Kita sebenarnya tidak akan penah tahu sebab yang sebenarnya melainkan kucing sendiri memberitahu kita. Namun satu perkara yang pasti ialah kucing yang tidur di katil anda adalah satu petanda yang bagus dan ianya menunjukkan betapa kuatnya ikatan anda dan kucing anda.