Jika anda ada membela kucing sudah tentu anda perasan yang kucing anda lebih suka untuk tidur bersama anda di atas katil berbanding dengan tempat tidur mereka sendiri.
Bukan perkara biasa untuk kucing anda meninggalkan katil mereka sendiri dan meluangkan sebanyak mungkin masa hanya untuk tidur bersama anda.
Kenapa kucing suka tidur bersama tuannya?
Kucing sangat mudah terdedah dengan bahaya apabila sedang tidur dan mereka lebih cenderung untuk tidur di kawasan yang mereka berasa selamat dan selesa. Apabila kucing anda tidur berdekatan dengan anda ini bermakna kucing anda betul betul percayakan anda.
Kucing anda juga mungkin inginkan kehangatan dan kucing sangat sukakan kehangatan tubuh badan manusia.
Tidak disangkal lagi kucing anda sangat sayangkan anda dan hanya ingin meluangkan masa bersama sama anda walaupun ketika tidur. Kucing tidak sukakan berada bersendirian walaupun kucing merupakan haiwan yang sangat berdikari.
Patutkah tidur bersama kucing?
Ini bergantung kepada masing masing. Ada individu yang tak sukakan dan ada juga yang tidak kisah dan lebih suka kucing tidur bersama sama.
Walaupun begitu terdapat pro dan kon mengenai tidur bersama kucing
Kebaikan tidur bersama kucing
Hangat dan selesa
Anda dan kucing anda sama sama dapat menikmati kehangatan apabila tidur bersama sama. Ini selesa apabila cuaca sejuk lah kan.
Melegakan stress
Apabila dilanda stress dan tekanan yang teruk tiada apa yang lebih selesa dan rileks apabila dapat bergomol bersama kucing anda di atas katil.
Menambahkan ikatan bersama kucing
Semakin banyak masa anda meluangkan bersama kucing, semakin dalam ikatan yang akan terjalin. Kucing merupakan haiwan yang setia dan boleh menjadi sahabat baik kepada anda.
Keburukan tidur bersama kucing
Kaki yang tidak bersih
Kucing yang selalu berada di luar rumah akan membawa pulang segala jenis kekotoran di tapak kaki mereka. Dan semestinya kekotoran tersebut berpindah ke cadar anda.
Kucing tidak akan tidur sepanjang malam
Kebanyakan kucing akan aktif di waktu malam dan ini mungkin menganggu tidur malam yang enak.
Alergi
Anda mungkin mengetahui bahawa kucing membawa dander yang menjadi punca alergi dan dander tersebut boleh pindah ke katil anda. Ada cara untuk mengatasi alergi anda dengan kucing.
P/S: Setakat ni MM okey jer semua anak-anak bulus tidur sama-sama atas katil.