Kenapa Kucing Suka Kejutkan Kita Setiap Pagi Pada Waktu Yang Sama?

Ya! Sejak sejak bela kucing ni serius MM tak pernah guna jam loceng. Peliknya kucing MM akan kejut MM tepat pada waktunya.

Mesti chuols hairan kan sebab apa jadi macam ni? Ini merupakan 5 sebab kenapa kucing sentiasa kejut pemiliknya pada waktu yang sama setiap hari:

1. Kucing sentiasa kejut anda pada waktu yang sama kerana ia merupakan haiwan yang sangat tepat mengikut ‘rutin’….

Ini merupakan salah satu jawapan kepada “Kenapa kucing saya sentiasa kejut saya pada waktu yang sama setiap hari— kenapa?” Selepas tinggal beberapa hari bersama anda, kucing anda sudah tahu jadual waktu anda. Jika anda bangun pada sesetengah waktu untuk siap sedia pergi ke kerja, kucing anda akan tahu mengenainya ini adalah bukan kerana kucing anda tahu melihat jam, tetapi mereka boleh ‘membaca’ anda.

2. … dan ‘rutin’ ini bermaksud tujuh hari dalam seminggu tiada pengecualian hari

Terima jelah yang kucing tidak memahami apa itu hari minggu jadi hari cuti atau tidak kucing anda sentiasa akan kejut anda pada waktu yang sama. Kucing akan mengambil masa sedikit lama untuk memahami apa itu hari minggu bagi anda. Berita baiknya jika kucing anda sudah mula faham yang anda bangun sedikit lewat pada hari cuti, kucing anda akan menyesuaikan diri dengan jadual anda.

3. Kucing anda boleh tahu bila masanya anda selalu bangun

Ini merupakan sedikit fakta sains menarik disebalik isu ini. Kitaran tidur manusia melibatkan 5 tahap, bermulalah dari tidur tidur ayam sehinggalah tahap tidur m4ti jadi ia agak sukar untuk menyedarkan anda walaupun dalam keadaan kecemasan. Setiap tahap tidur ini berbeza beza, pernafasan anda, degupan jantung dan tahap aktiviti otak anda berubah dan anda akan mengalami keempat empat mahupun sehingga tahap ke 5 kitaran tidur ini pada malam hari. Jika anda mula sedar untuk respon kepada kucing anda, secara langsung kucing anda akan pergi ke arah anda untuk membantu anda mulakan hari dengan lebih produktif.

4. Kucing anda sangat lapar pada pagi hari

Waktu pagi kita sangat lapar bukan, kucing pun sama lebih lebih lagi jika anda memberi kucing anda makan terakhir pada malam sebelum anda pergi tidur. Jika kucing anda lapar dan anda mula untuk bangun, kucing anda dengan gembiranya untuk membantu anda bangun dari tidur

5. Kucing anda lebih aktif semasa anda baru bangun tidur

Terdapat sebab saintifik lagi di sebalik isu ini kerana kucing adalah haiwan crepuscular di mana mereka lebih aktif pada waktu subuh dan waktu senja. penglihatan kucing sangat disesuaikan untuk tahap pencahayaan pada waktu antara dua waktu yang disebutkan sebelum ini kerana waktu tersebut merupakan waktu yang terbaik untuk melakukan pemburuan, bermain dan bersosial.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment