Kenapa Kucing Suka Jatuhkan Barang Yang Ada Di Atas Meja Atau Di Para?

Kucing anda pernah tak tiada angin tiada ribut tiba-tiba jatuhkan barang?

Di rumah, MM memang tak bagi anak-anak bulus ni naik atas meja. Silap haribulan habis semua barang atas meja dijatuhkannya. Jadi pelik kan kenapa kucing ni suka jatuhkan barang. Protes ke apa?

Tingkahlaku kucing ini sudah pun dilakukan kajian yang dijalankan oleh pengkaji kucing Mikel Delgado.

Menurut Delgado,

“Tingkahlaku ini tipikalnya datang kerana kebosanan dan kegagalan pemilik kucing untuk memberi pujian kepada kucing setelah berkelakuan baik.”

Aik? Jadi tingkahlaku ini salah pemilik kucing?

Tingkahlaku mencari perhatian

Delgado kemudiannya menjelaskan yang kebanyakan kucing suka menjatuhkan barang kerana mereka rasa yang itu merupakan cara tercepat untuk mendapatkan perhatian manusia.

Bermain dengan mangsanya

Menurut How Stuff Works pula menjelaskan konsep kucing bermain-main dengan mangsa mereka. Anda mungkin selalu melihat tingkahlaku ini jika anda memiliki kucing yang suka memburu. (Macam kucing MM yang kecik tu bawa balik kelawar sampai lunyai kawan tu).

Tingkahlaku ini semua kucing pemburu memilikinya. Apabila kucing anda mengusik-usik objek kecil seperti alat kawalan tv anda, dia mula mempraktikkan tingkahlaku yang sama.

Bagaimana untuk menghentikan tingkahlaku ini?

How Stuff Works juga bersetuju yang tingkahlaku ini menunjukkan kucing anda sedang kebosanan. Jika kucing anda perlukan sesuatu untuk memburu, kucing anda mungkin akan memburu kesemua benda yang tidak sesuai. Jadi mereka mengesyorkan anda untuk menyediakan aktiviti kepada kucing anda seperti permainan, tempat untuk memanjat dan bersembunyi.

Mereka juga mengesyorkan anda untuk tidak menyusun barang-barang di tepi-tepi meja atau rak. Jika anda inginkan juga, sila pindahkan kesemua barang-barang perhiasan yang kecil di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kucing.

Cat Behavior Associates juga mengesyorkan untuk anda menyusun semula semua barangan anda dengan lebih mesra kucing.


Lagi sekali, menyediakan alternatif yang lebih selamat ianya lebih terbaik untuk kucing anda. Sesuatu seperti permainan yang anda boleh letakkan makanan atau snek untuk mengaktifkan kucing anda ketika makanan dengan memberikannya naluri pemburuan.

Pendek ceritanya macam yang MM buat latih kucing supaya jangan naik ke meja atau tempat-tempat tinggi. Kucing MM sentiasa ada akses keluar masuk rumah jadi kucing-kucing min ada aktiviti untuk dilakukan.
Sekiranya kucing anda kucing indoor secara esklusif, mungkin perlu ada tempat-tempat untuk kucing memanjat, dan melakukan aktiviti.

Jangan lupa beri pujian dan ganjaran jika kucing kita berkelakuan baik dan sekiranya kucing anda menjatuhkan barang, ingat jelah yang kucing anda memang suka lakukan perkara tersebut!

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment