Kenapa Kucing Suka Hidu KETIAK Saya?!

Kucing ni pelik pelik kan. Ada sahaja tingkahlaku dorang ni yang misteri dan menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi bila kucing chuols suka sangat cium cium ketiak?! Jangan buat buat terkejut ada ya kucing semacam obses dengan ketiak tuannya. Jika kucing chuols tergolong dalam kategori ni teruskan baca. Ini apa yang anda perlu tahu mengenai kenapa kucing suka hidu ketiak manusia. Haha MM tengah taip ni pun nak tergelak dah sebab ada sekor kucing MM ni memang obses dengan ketiak MM. Adoyaiiiii~

Sebagus mana deria bau kucing?

Anda mungkin rasa hmmmm kucing ni tak ada deria bau agaknya sebab suka hidu hidu bau ketiak ni tapi excuse me first ketiak MM tak berbau yea hahahaha… Well fikir sekali lagi seperti kebanyakan haiwan, kucing mempunyai deria bau yang sangat baik dan hebat sehinggakan ada bukti di mana ada kucing boleh menghidu kanser yang ada dalam tubuh tuannya.

In fact, menurut kajian pada 2017 yang diterbitkan dalam jurnal Applied Animal Behaviour Science, kucing lebih bagus membezakan pelbagai bau yang berbeza berbanding anjing. Kristyn Vitale Shreve yang merupakan penulis jurnal ini bersama Monique Udell percaya bahawa kebolehan ini mungkin menjadikan kucing lebih bagus dari anjing adalah:

“Mengikut kepentingan perbandingan bau dalam sensori persepsi kucing, kucing boleh dilatih untuk diskriminasikan antara kepelbagaian bau jadi kucing dapat membezakan spesifik manusia, bau ubat-ubatan, penghiduan bom atau¬† penghiduan dad4h.

Jawapan pendeknya adalah: Ya kucing sangat bagus dalam deria bau!

Jika kucing dapat menghidu bau ketiak anda itu jadi kenapa kucing masih menghidu ketiak anda lagi? Jadi ini antara sebab-sebab yang agak masuk akal lah juga:

Kucing anda sukakan bau ketiak anda!

Kucing anda mungkin sukakan bau ketiak anda. Ketiak kita mempunyai kelenjar peluh yang menghasilkan peluh yang dikeluarkan di ketiak. Resultnya, peluh dari ketiak penuh dengan lemak dan protein yang kucing sangat tertarik kepadanya. Asasnya, kucing anda mungkin fikir yang bau ketiak anda sedap… Hm yea sedap!

Kucing anda mungkin ingin memberitahu bahawa anda busuk!

Kucing anda mungkin nak beritahu yang anda busuk. Sekiranya kucing anda menghidu ketiak anda sila perhati dengan teliti apa yang berlaku selepas itu. Adakah kucing anda menghidu dan terus berlalu atau kucing anda menggesel gesel pula kepalanya? Jika ia terjadi, kucing anda mungkin ingin cuba menutup bau anda dengan baunya dalam percubaan untuk menghapuskan bau yang ia tidak suka pada individu yang ia sayang…

Kucing yang suka menempel di ketiak ini mungkin rindukan ibunya

Antara sebab yang menyebabkan tingkahlaku ini mungkin kerana kucing anda hanya rindukan ibunya, lebih lebih lagi kucing yang terpisah dari ibunya terlalu cepat. Jika ini kesnya, kucing anda mungkin rindu saat ia menyusu dengan ibunya.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai sebab kenapa kucing suka hidu ketiak anda dan tiada satu pun sebab itu perlu dirisaukan kecualilah yang anda memang sangat berbau!. Rileks jer dan enjoy proses penghiduan itu. Kata sayang kucing kannnnnn takkan ni pun tak tahan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment