Kenapa Kucing Suka Gigit dan Kunyah Rambut Saya?

Pernah tidak kucing anda gigit atau mengunyah rambut anda? Mungkin perkara ini tidak menganggu anda kerana anda memikirkan yang tingkahlaku ini adalah sesuatu yang positif.

Kucing kita seringkali melakukan ini apabila anda sedang tidur dan membelai bersama kucing anda. Namun tahukah ini tingkahlaku ini kadangkala menunjukkan kucing anda sedang ketakutan atau tekanan?

Allogrooming

Walaupun kucing yang berada di dunia liar adalah haiwan yang suka bersendirian, kucing yang hidup secara berkumpulan seringkali menunjukkan tingkahlaku perapian bersama yang dipanggil allogrooming. Sekumpulan kucing akan menggosok, menjilat dan menggigit dengan lembut kucing lain dalam kumpulan tersebut. Kucing seringkali memperlihatkan tingkahlaku ini bersama kucing yang mempunyai ikatan istimewa seperti ibu bapa atau adik beradik mereka. Melalui momen perapian yang intim ini, ikatan akan kukuh dan tekanan akan berkurangan. Interaksi ini juga akan mengesahkan hierarki sosial.

Perhubungan yang dipilih

Dikalangan kumpulan ini, kucing individu dari perhubungan istimewa atau pilihan bersama individu, dipanggil “perhubungan yang dipilih”. Kucing ini akan saling berinteraksi dengan cara yang istimewa, sentiasa bersama-sama dan akan saling merapikan antara satu sama lain.

Anak kucing yang putus susu awai akan memaksa mereka melakukan tingkahlaku ini termasuklah mengunyah dan menghisap rambut pemilik mereka. Ada beberapa pemilik kucing percaya yang tingkahlaku ini adalah tingkahlaku menenangkan diri sendiri seperti budak menghidap jari. Namun tidak semua kucing yang memperlihatkan tingkahlak ini sedang stress atau putus susu awal dari sepatutnya.

Gambar: i.ytimg.com

Sudah tentu rambut anda berbau seperti anda dan jelasnya ia kepunyaan anda jadi kucing anda memasukkannya dalam senarai perapiannya. Anda lebih mengenali kucing anda. Jika ia memperlihatkan tingkahlaku ini semasa anda membelainya ia mungkin tiada kena mengena dengan tekanan atau tingkahlaku menenangkan diri sendiri. Apabila kucing anda menggigit dan mengunyah rambut anda ini membuktikan yang anda merupakan “perhubungan yang dipilih” atau manusia kegemarannya.

Jika anda tidak suka tingkahlaku ini, cuba menukar perhatian kucing anda dengan sesuatu yang lain atau berhenti sahaja sesi belaian. Sejak kucing anda sukakan masa bersama anda, ia akan faham yang anda tidak suka dan berdamping bersama anda dengan cara yang lain selagi anda konsisten jadi kucing anda akan tahu yang anda tidak mahu ia lakukan perkara tersebut. Tapi jangan sesekali menghukum kucing anda. Lagipun kucing anda tidak mahu perhubungan yang dipilih bersama orang lain. Anda sudah dipilih untuk diterima dalam kumpulan elit oleh makhluk yang sangat cerewet dan memilih. Jadi bukankah itu satu perkara yang perlu dibanggakan?

p/S: Anak kucing MM baru adopt tu kalau nak tidur mesti dekat rambut MM then mesti akan gosok-gosok pastu kunyah rambut MM. Ada kucing chuols yang macam ni tak? Jom share di ruangan komen.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment