Jika anda ada memiliki kucing anda mungkin pernah melihat kucing anda berjemur di cahaya matahari.
Seperti yang kita tahu berjemur untuk tempoh yang lama membahayakan manusia namun sama juga seperti kucing kah? Kucing berjemur di cahaya matahari untuk relaks.

Kenapa kucing suka berjemur di matahari?
Sebelum itu jom ketahui kebaikan berjemur untuk kucing seperti di bawah:
Seimbangkan suhu badan

Jika kucing tidak didomestikkan dan tinggal di dunia liar, kucing akan tidur dan berehat di siang hari dan memburu di malam hari seperti singa. Apabila kucing sudah didomestikkan, rutin ini tidak lagi bersesuaian dengan mereka namun kita masih boleh melihat pengaruh tabiat penuh naluri ini. Tapi kenapa kucing sukakan kehangatan? Ini adalah suhu badan kucing seperti kebanyakan mamalia akan menurun semasa mereka tidur atau sedang relaks. Ini adalah kerana semasa tidur mereka tidak membakar apa-apa kalori atau melepaskan kalori. Jadi tubuh mereka menyesuaikan perubahan suhu ini dengan tidur di kawasan hangat contohnya di cahaya matahari.
Sumber vitamin D

Semua orang tahu yang cahaya matahari merupakan sumber vitamin D yang paling mudah. Ini sama juga kepada kucing. Namun prosesnya lebih rumit. Oleh kerana kucing ini haiwan yang berbulu jadi agah sukar untuk menyerap vitamin D yang diperlukan.
Memberikan keseronokkan pada kucing

Salah satu perkara yang perlu diketahui adalah cahaya matahari memberikan keseronokkan pada kucing. Tahukah anda kucing boleh tahan sehingga suhu 50 ºC serta dapat menyesuaikan diri dalam apa sahaja suhu puncak sama ada sejuk atau panas