Kenapa Kucing Suka Berbunyi Pada Waktu Malam?

Adakah kucing anda suka berbunyi pada waktu malam?

Berikut merupakan 5 sebab kenapa kucing anda sering berbunyi dan melolong pada waktu malam dan beberapa tips untuk membantu mengurangkan tingkahlaku ini.

1. Kucing secara semulajadi lebih aktif pada lewat malam dan pada awal pagi

Ramai yang menganggap kucing adalah haiwan nokturnal iaitu aktif pada waktu malam. Tapi ianya tidak berapa tepat. Kucing secara semulajadinya adalah haiwan krepuskular yang bermaksud paling aktif pada waktu subuh dan pada waktu senja.

Bagi kucing yang hidup di dunia liar, waktu tersebut merupakan waktu ideal untuk menghendap dan memburu mangsa. Namun jangan bermakna kucing anda yang sudah domestik itu tidak mempunyai naluri yang sama.

Walaupun kucing anda boleh menyesuaikan dirinya dengan rutin malam anda, sifat semulajadi krepuskular kucing bermakna mereka akan aktif dan berjaga pada awal pagi dan berbunyi-bunyi untuk dapatkan perhatian dari anda.

2. Kucing anda bosan dan kurang stimulasi

Jika kucing anda sering berbunyi pada waktu malam, kucing anda mungkin bosan atau kurangnya stimulasi mental dan fizikal. Kucing anda mula akan berbunyi ketika tempoh masa krepuskulat sebagai bentuk tingkahlaku mencari perhatian selalunya kerana kucing anda tidak mendapatkan senaman yang mencukup atau terlebih berehat sehingga sukar untuk tidur.

Luangkan masa dengan bermain bersama kucing anda sebelum anda masuk tidur. Masa bermain bukan sahaja menbantu kucing anda dapatkan senaman fizikal dan mental yang mereka perlukan malah dapat menguatkan lagi ikatan antara anda dan kucing anda!

3. Mungkin petanda kucing anda sakit

Ada beberapa kucing yang lebih suka berbunyi berbanding kucing lain. Kucing siam dikenali dengan sifatnya yang suka berbunyi. Namun sekiranya kucing anda yang sebelum ini jenis pendiam tiba-tiba sahaja kerap berbunyi lebih-lebih lagi pada waktu malam, ini mungkin petanda yang kucing anda mengalami kesakitan. Contohnya, semua kucing tidak kira usia boleh mengalami thyroid terlebih aktif atau penyakit buah pinggang, yang sememangnya membuatkan kucing sering berbunyi secara berlebih-lebihan.

Penting untuk anda berikan perhatian kepada tingkahlaku kucing dan sudah tentu bunyi kucing anda. Mereka mungkin cuba untuk beritahu anda sesuatu.

4. Kucing anda sedang on heat


Sekiranya kucing anda tidak dimandulkan, bersedialah untuk menghadapi bunyi-bunyi yang ekstrem. Kucing betina yang tidak dimandulkan akan berbunyi melolong-lolong untuk menarik perhatian kucing jantan dan kucing jantan yang tidak dimandulkan pula akan membalas lolongan apabila mereka menghidu ada kucing betina sedang on heat. Dengan memandulkan kucing anda sahaja yang dapat menghilangkan tingkahlaku ini. Malah dengan memandulkan kucing anda sebenarnya lebih meningkatkan kesihatan kucing anda, mengurangkan masalah tingkahlaku dan membantu mengurangkan kos jangka panjang dalam penjagaan veterinar. Iyelah, kucing yang tidak dimandulkan sering bergaduh kadang tu sampai luka jadi agak parah.

5. Kucing anda lapar

Pakar tingkahlaku kucing Jackson Galaxy mencadangkan kucing anda diberi makan sebmuak tiga kali sehari dengan jarak masa 6-8 jam antara hidangan. Jika waktu tidur anda pada pukul 11pm, beri makan kucing anda sebelum anda masuk tidur dengan waktu bermain yang disebutkan sebelum ini contohnya pada jam 9.30 pm sebelum waktu makan kucing anda. Jadi kucing anda akan keletihan sebelum waktu makan terakhir mereka. Mungkin selepas itu kucing anda akan tidur dengan nyenyaknya. Yelah kita manusia pun bila perut kenyang, letih tidur tak ingat dunia juga bukan hehe..

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment