Kenapa Kucing Suka Bawa Pulang Bangkai Haiwan?

Salah satu dari perkara yang kurang senang apabila hidup bersama kucing ni ialah mereka ni suka bawa pulang bangkai haiwan!

Kredit foto: I Heart Cats

Kucing sudah di semi-domestikkan selama 10,000 tahun lamanya. Namun kebanyakan dari mereka masih mengekalkan skill memburu mereka. Skill inilah yang menghasilkan hubungan simbiotik antara manusia dan kucing. Kucing menjaga stor makanan dengan mengawal populasi tikus, manakala manusia pula melindungi kucing dari pemangsa yang lebih besar.

Kenapa kucing bawa pulang ‘hadiah’ seperti ini?

Kucing yang setiasa diberi makan tidak perlu memburu untuk makanan, namun naluri semulajadi mereka untuk memburu masih ada. Berikut merupakan sebab-sebab kenapa kucing anda sering membawa pulang bangkai haiwan sebagai hadiah:

1. Mengajar kita untuk memburu

Ibu kucing mengajar anak kucingnya untuk memburu dengan membawa pulang hasil buruan kepada anak-anaknya untuk dimakan. Apabila anak-anak semakin membesar, ibu kucing akan membawa pulang hasil buruan yang masih hidup. Ini memberi peluang anak-anak kucing untuk mempelajari skill memburu. Akhirnya ibu kucing akan membawa anak-anaknya ke dunia luar dan tunjukkan cara-cara memburu.

Jadi apabila kucing  membawa pulang bangkai ataupun haiwan yang masih hidup, kucing anda sebenarnya cuba mengajar anda untuk memburu.

2. Sebagai simpanan

Kadangkala kucing akan menyimpan hasil buruannya untuk dimakan kemudian hari. Namun sebelum dimakannya, kita sudah buang ke tong sampah cepat-cepat!

3. Bermain

Kucing cenderung menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi ketika memburu; mereka menggunakan deria bau, pendengaran dan penglihatan dan menunggu saat yang tepat untuk menyerang. Kucing yang hidup di dunia luar akan pulang ke tempat selamat untuk memakan hasil buruannya. Bagi kucing domestik, sudah tentu pulang ke rumahnya atau di hadapan pintu.

Kucing kadangkala sukakan pengalaman untuk menghendap dan menangkap sesuatu.

Kredit foto: The Spruse Pets

4. Inginkan kita bermain

Ada kucing yang suka bermain tangkap-tangkap dengan pemilik mereka dan membawa pulang patung tikus kembali ke manusia mereka sambil menunggu peluang untuk menangkap semula permainan tikus tersebut.

Jadi apabila kucing anda membawa pulang tikus betul, mungkin ia hanya mahu bermain dengan anda. Tapi kali ini cuba beli mainan tikus untuk kucing anda k.

5. Memberi hadiah

Teori popular yang terakhir adalah kucing kita sebenarnya hanya memberikan kita hadiah, lebih-lebih lagi jika kucing anda betina dan ia membawa pulang hasil buruannya untuk berkongsi bersama manusianya.

Kesimpulan

Reaksi kita terhadap bangkai dan haiwan yang hampir mati di pintu rumah kita adalah kegelian dan ketakutan semestinya. Namun percayalah yang kucing anda lakukan perkara ini kerana nalurinya dan itu salah satu tanda kucing tunjukkan kasih sayangnya.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment