Kenapa Kucing Seperti Takutkan Air?

Air dengan kucing bukan satu kombinasi yang sesuai kan? Ada di antara kita menghadapi masalah untuk memandikan kucing kita.

Kucing sentiasa menjilat diri mereka sendiri tetapi mengapakah kucing masih takutkan air?

Mitos mengenai kucing takutkan air adalah tidak benar sama sekali. Mereka tidak takutkan air cuma tidak sukakan air. Kucing merupakan haiwan yang pandai berenang tau. Kucing hanya tidak sukakan air kerana sukar untuk mengeringkan bulu mereka dengan sempurna kerana mungkin air telah menanggalkan minyak dari bulu mereka atau menyakitkan kulit mereka. Macam terlebih dramatik bukan?

Ada juga kucing yang tidak takutkan air malah sukakan nya. Seperti contoh kucing baka Turkish Angora. Namanya sahaja membawa maksud kucing yang berenang. Kucing baka ini sangat sukakan air.

Gambar: Pinimg

Kucing baka domestik juga tidak mempunyai masalah dengan air jika ia tinggal di kawasan yang bercuaca panas. Dengan bermain air dapat menyejukkan badan.

Jadi kenapa ada sesetengah kucing yang takutkan air? Reaksi mereka terhadap air seakan akan f0bia terhadap air.

Bulu mereka tepu air

Gambar: ddmcdn

Ini membuatkan kucing terasa berat. Walaupun lapisan atas bulu kucing kalis air, jika keseluruhan bulu kucing basah kucing akan berasa tidak selesa.

Kucing sensitif terhadap bau

Ada kemungkinan kucing anda tidak sukakan bau klorin yang ada di air paip anda.

Kucing takut ditenggelami air

Gambar: imgix bustle

Ada kucing yang tidak suka berada di dalam air kerana mereka tidak pernah berhadapan dengan situasi ini dan kucing sememangnya keras kepala.

Kucing mudah untuk berasa sejuk

Kucing dapat mengekalkan suhu badan yang tinggi berbanding manusia dan ia sukar untuk mereka untuk kekal panas jika bulu mereka lembap dan sejuk.

Kucing merupakan haiwan yang membersihkan dirinya sendiri jadi memandikan kucing tidak menjadi satu keperluan. Jika kucing anda benar benar kotor barulah anda memandikannya. Sebab itulah kucing agak kelihatan takut dengan air kerana kekurangan pendedahan sewaktu ia kecil. Jika anda mahu kucing anda sukakan air, biasakan ia dengan kucing sewaktu umurnya masih kecil.

Gambar: Pet money saver

Veterinar selalunya mengesyorkan penyediaan bekas makanan jenis air pancut kerana kucing lebih menyukai air yang mengalir dari air yang statik di dalam bekas. Ada sesetengah kucing yang sangat terpesona dengan gerakan air dan tidak akan menolak air yang mengalir dari air pancut.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment