Kenapa Kucing Selalu Tidur? Ketahui 5 Fakta Mengenai Tidur Kucing

Kenapa kucing tidur setiap masa?

Kucing sememangnya pakar tidur pada bila-bila masa, di mana sahaja dan tak kira apa keadaannya lena sahaja tidur si kucing ni.

Ketahui fakta mengenai tidur kucing…

1. Dah memang lumrah kucing

Kenapa kucing tidur banyak? Apabila menjawab persoalan ini kita ketahui dulu berapa lama kucing tidur. Kucing boleh tidur sehingga 16 jam sehari dan kucing yang berusia lebih banyak meluangkan masa untuk berehat sehingga 20 jam sehari.


Tabiat tidur ini adalah hasil dari evolusi kucing, tabiat nutrisi dan fisiologi. Dalam dunia liar, kucing perlu memburu untuk makan dan menghendap, mengejar dan membunuh mangsa sememangnya menggunakan tenaga yang banyak. Jadi tidur dapat membantu kucing menyimpan tenaga.

2. Bukan setiap masa kucing tidur mati

Satu perkara untuk dipertimbangkan apabila memikirkan kenapa kucing tidur banyak adalah bagaimana kucing tidur.

Dalam setiap masa kucing tidur, suku dari semua masa kucing tidur adalah apa yang kita panggil tidur-tidur ayam. Dalam keadaan ini kucing masih dapat rehat yang ia perlukan namun kucing masih dalam mode berjaga-jaga. Kita boleh tahu yang kucing tidur-tidur ayam apabila telinga mereka bergerak-gerak dan mata yang sedikit terbuka.

3. Kucing boleh tidur mati dan bermimpi

Masa tidur selebihnya bagi kucing, mereka tidur sangat lena atau tidur mati namun kucing yang berusia mungkin meluangkan masa sehingga 30% atau 40% dari masa tersebut. Kucing yang tidur mati selalunya baring meringkuk dan mata yang tutup serapat-rapatnya. Kadangkala tidur terlentang seakan-akan tiada masalah.

Tidur mati sangat penting bg kucing supaya keupayaan tubuh kucing dapat regenarasi dengan sendiri dan kekal sihat. Kalau lihat kucing sedar tidur dengan ekor atau kakinya bergerak-gerak, itu petanda kucing anda sedang bermimpi.

4. Ada kucing yang berdengkur ketika tidur

Seperti manusia juga, kucing berdengkur terjadi apabila saluran udara diganggu oleh lebihan kulit dari palate lembut. Ini selalunya terjadi apabila kucing dalam keadaan rileks jadi ia tidak keterlaluan untuk mengesan yang kucing anda berdengkur.

Dengkuran selalunya terjadi pada baka kucing yang mempunyai hidung yang pendek atau baka kucing brachycephalic seperti kucing parsi, himalayan atau exotic berbulu pendek.

5. Sebarang perubahan pada tabiat tidur kucing boleh jadi satu tanda kucing anda ada masalah

Jika kucing anda mula tidur dengan lebih banyak dari kebiasaan atau kurang dari kebiasaan, kucing anda mungkin tidak sihat. Tidur yang berlebihan boleh jadi petanda kucing anda dalam kesakitan manakala tidur yang sekejap boleh menjadi satu masalah seperti huperthytroidism.

Kucing anda ada tabiat tidur yang pelik-pelik tak? Kongsikan di ruangan komen ya.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment