Kenapa Kucing Selalu Dikaitkan Dengan Halloween

Terdapat banyak lagenda dan mitos sepanjang sejarah yang mungkin dapat menjelaskan mengenai kaitan kucing dan perayaan Halloween.

Berikut merupakan antara penjelasannya:

Mitos dan Magis di Mesir Purba

Permulaan kaitan kucing dan halloween mungkin ada kaitannya dengan Mesir purba. Orang Mesir purba seringkali memumiakan kucing, simpan mumia kucing mereka di santuari di mana mereka dijaga oleh pendeta mereka yang menafsirkan setiap pergerakan mereka sebagai ramalan.

Orang Mesir purba juga mempunyai tuhan berkepala kucing yang bernama Bastet dan juga dipanggil Bast. Tuhan Bastet dan kuilnya selalu dikaitkan dengan waktu malam. Jadi perkaitan kucing dan waktu malam oleh rakyat Mesir purba mungkin mempengaruhi perayaan Halloween.

Ahli Sihir dan Familiar

Dalam mithologi yang lebih moden, kucing juga dikatakan sebagai familiar ahli sihir, pembantu ahli sihir. Ini juga dipercayai yang ahli sihir dapat berubah bentuk menjadi kucing hitam untuk mengelakkan dirinya ditangkap. Oleh kerana kucing selalu dikaitkan dengan ahli sihir, maka kucing juga terpalit menjadi kaitan hari Halloween.

Mitologi Celtic dan Cat Sìths

Kaitan yang paling rapat antara kucing dan hari Halloween datangnya dari idea Cat Sìths dan perayaan Samhain. Cat Sìths adalah makhluk pari-pari dalam mitos Celtic yang kelihatan seperti kucing hitam dengan tompok putih pada dadanya. Menurut lagenda, makhluk ini mengganggu kawasan tinggi Scotland dan kadang kala mencuri jiwa.

Samhain adalah festival Gaelic yang berlaku pada turunnya matahari pada 31 Oktober sehingga terbit matahari pada 1 November. Ini menandakan berakhirnya musim menuai dan bermulanya musim sejuk.

Menurut mitologi, Cat Sìth akan memberkati setiap rumah yang meninggalkan piring yang diisi susu pada hari Samhain. Rumah yang menyediakan susu tidak akan disumpah. Lama kelamaan perayaan Samhain bergabung dengan hari All Saints’ untuk meraikan apa yang kita ketahui sekarang iaitu hari Halloween.

Oleh kerana mitos-mitos kucing dan Halloween, banyak kucing terutamanya kucing hitam diancam ketika malam Halloween. Malangnya kucing hitam selalu menjadi mangsa penganiayaan pada hari tersebut. Pusat perlindungan juga melindungi kucing hitam dari diambilbela kerana risau keselamatan kucing hitam tersebut.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment