Kenapa Kucing Selalu Anggap Mangkuknya Kosong Walaupun Ada Sedikit Makanan?

Tingkahlaku kucing sememangnya misteri bagi pemilik kucing.

Antara tingkahlaku yang misteri sekali adalah: berbunyi minta makanan walaupun masih ada makanan di mangkuk mereka.

Ada beberapa kucing yang seperti fokus kepada kawasan kosong pada mangkuk dan tidak mengendahkan makanan yang ada di tepi-tepi membuatkan pemilik kucing perlu menggaul-gaul semula makanan dalam mangkuk tersebut.

Jom kita ketahui kenapa agaknya kucing berperangai macam ni?

1. Mereka tak dapat lihat

Ada beberapa teori yang mengatakan kucing tidak makan makanan yang masih ada di tepi-tepi mangkuk kerana mereka tidak dapat melihat makanan tersebut. Walaupun kucing adalah haiwan yang cepat membiak, pemburu yang hebat, kucing sebenarnya mempunyai jarak penglihatan yang buruk lebih-lebih lagi benda di hadapan hidung mereka. Kucing sebenarnya ada titik buta betul-betul di bawah hidung dan dagu mereka.

2. Mangkuk tersebut menyebabkan ‘tekanan pada misai’

Misai kucing adalah salah satu bahagian kucing yang paling sensitif. Misai kucing penting dalam membantu deria kucing dan sebagai sistem navigasi persekitaran kucing. Misai kucing adalah bulu taktil yang dipanggil vibrissae dengan folikel yang sangat sensitif.

Ada beberapa kucing yang mungkin lebih sensitif berbanding kucing yang lain. Kalau anda lihat kucing anda akan makan terus dari bahagian tengah mangkuk tanpa menyentuh misai mereka pada mangkuk. Sebab ini lah disyorkan untuk menggunakan mangkuk makanan yang luas supaya tidak memberi tekanan pada misai kucing anda.

Ingrid King seorang veterinar dan penulis berkata,

“Misai kucing tersangatlah sensitif dan apabila mangkuk makanan terlalu dalam dan sempit, kucing terpaksa memasukkan muka mereka ke dalam mangkuk untuk mencapai makanannya. Ini boleh menyebabkan misai kucing tersebut menyentuh sisi mangkuk yang menyebabkan ketidakselesaan pada kucing. Dalam kes yang ekstrem, kucing mungkin enggan untuk makan dalam mangkuk yang sempit dan dalam.”

3. Nak makanan yang baru

Kucing sememangnya dapat mengesan makanan tersebut masih segar ataupun sudah lama dengan deria bau mereka yang menakjubkan. Walaupun ada kucing yang tidak kisah, ada kucing yang sedikit cerewet dan sensitif terhadap makanan yang sudah lama ada pada mangkuk.

Penyelesaian

Seperti yang disebutkan sebelum ini dunia tingkahlaku kucing adalah meluas dan sememangnya misteri bagi kita. Sukar untuk menentukan jawapan yang 100% tepat bagi punca tingkahlaku ini. Setiap kucing adalah berbeza dan mungkin ada sebab mereka sendiri kerana tingkahlaku mereka yang sedikit pelik. Tapi anda boleh cuma beberapa perkara untuk membuatkan kucing anda makan kesemua makanan yang ada pada mangkuk mereka berbanding hanya pada kawasan tengah mangkuk sahaja.

Anda boleh cuba menggunakan mangkuk yang lebih luas dan rata. Macam MM, gunakan pinggan plastik IKEA tu pun ok je. Habis semua makanan, kalau guna mangkuk auto feeder tu mesti ada sahaja makana lebih di tepi-tepi mangkuk.

Kalau dah tukar mangkuk, tapi kucing masih tinggalkan sedikit makanan, cuba berikan makanan untuk kuantiti yang sedikit dari kebiasaan. Kalau masih ada lagi makanan di tepi-tepi anda gaul-gaulkan sahaja makanan tu bagi nampak penuh mangkuk semua. MM selalu buat pada kucing-kucing MM dan 9 dalam 10 kebarangkalian ianya akan berjaya.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment