Kenapa Kucing Sangat Sesuai Untuk Dijadikan Terapi Untuk Anak-Anak Autisme?

Untuk golongan autisme, untuk selesai menghabiskan 24 jam merupakan tugas yang sangat berat.

Bukan hanya berat, dunia bagi golongan autisme boleh jadi sangat stimulasi, terasing dan menakutkan. Bagi ibu bapa yang berpengalaman dalam kesusahan yang dialami oleh anak anak mereka setiap hari tahu bahawa tidak ada upaya untuk mengkaitkan dengan kondisi ini.

Untuk anak anak spektrum autisme ini, emosi, pengalaman dan hubungan sosial yang selalu kita tidak ambil kisah tidak semuanya boleh dicapai. Perkara ini sentiasa berada di dalam fikiran ibu bapa untuk mencari keselesaan dan kenormalan untuk anak anak ini bukanlah perkara mudah.

Oleh kerana pemikiran macam ini lah, para pengkaji mula mencari rawatan untuk autisme. Terdapat pelbagai juta wang ringgit dibelanja untuk mengkaji segala petua mahupun teknik teknik yang ada di dalam dunia ini, namun apa yang pengkaji tidak sangka mengenai penemuan mereka adalah:

KUCING!

Ya, setelah berjuta juta duit dibelanja untuk mencari penyembuhan untuk autisme ini dan salah satu rawatan yang paling efektif dan berkesan adalah dengan mempunyai kucing untuk disayangi.

Rupa rupanya, kasih sayang yang mampu dicapai dari pemilikan haiwan peliharaan dapat membantu dalamĀ  meredakan sedikit ketegangan yang selalu dimiliki oleh anak anak autisme.

Menenangkan

Tiada apa yang lebih rileks dari duduk di atas kerusi empuk yang selesa dan membelai kucing? Individua autisme selalu mempunyai tahap stress yang tingi. Ini adalah kerana ia merupakan cara untuk mentafsirkan informasi sensori. Bayangkan untuk kekal tenang bila seseorang mencakar cakar papan hitam. Susah bukan? Ramai golongan autisme mentafsirkan bunyi harian sangat bising dan menganggu, seperti seseorang yang ngilu tidak boleh dengar bunyi kuku cakar papan hitam. Dengan memiliki kucing di atas riba atau bermain bersama kucing dapat mengurangkan banyak tahap stress dan memberikan kelegaan.

Mengajar erti empati

Individu autisme selalu mempunyai masalah untuk memahami sosial atau perkara berkaitan emosi seperti individu nirmal. Dengan memiliki kucing ini dapat meningkatkan perkara yang paling sukar untuk dicapai oleh golongan autisme iaitu empati. Kajian menunjukkan persepsi empati yang meningkat bukan hanya berkaitan haiwan sahaja namun ia boleh disemaikan kepada aspek lain dalam hidup mereka.

Kasih sayang tanpa jangkaan

Individu autisme ini menerima terlalu banyak penolakan. Ini mungkin perkara yang sukar untuk difikir dan diterima namun mereka menerima jua. Mereka selalu disalahertikan, dicemuh dan dikecam. Kucing tidak akan lakuan perkara negatif seperti itu. Kasih sayang dari seekor kucing adalah tiada pengakhirannya. Kasih sayang seperti ini merupakan titik perubahan di dalam dunia yang penuh pancaroba ini.

Bersosial

Bersosial juga boleh menjadi susah untuk dihadapi oleh sesetengah individu, namun ini merupakan perkara yang sangat melemahkan menyeksakan golongan autisme. Kajian menunjukkan kucing dapat membantu golongan autisme menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial dengan lebih mudah.

Perhubungan

Kita semua tahu kasih sayang dan perhubungan yang kita kongsi bersama haiwan kesayangan. Kita boleh sama sama setuju yang kadang kala kucing merupakan teman yang sangat bagus berbanding manusia. Yelah kucing kan bukan makhluk yang suka kecam mengecam menghakimi macam manusia.

Perhubungan yang dicipta selain dengan haiwan seperti kucing dapat memberikan keselesaan kepada golongan autisme dan kajian menunjukkan perhubungan dari haiwan peliharaan dapat dinaiktaraf kepada perhubungan yang lebih elok dengan masyarakat.

Menyenangkan orang lain yang dalam kesusahan

Kita sudah pun membincangkan mengenai empati iaitu pemahaman dalam perasaan. Empati merupakan perasaan yang sukar untuk dicapai oleh golongan autisme dan dengan memiliki kucing dapat membina sikap empati di dalam diri mereka dan dapat meluahkan ke atas individu yang lain. Selain empati dengan memiliki kucing juga dapat melahirkan golongan autisme ini untuk menyenangkan individu yang sedang dalam kesedihan. Merupakan perkara yang lain dalam memahami seseorang dalam kesedihan namun ia memerlukan tahap pemahaman yang lain dalam bagaimana untuk memujuk dan menyenangkan seseorang dalam kesedihan. Berupaya untuk membaca sosial, emosi dan klu bahawa seekor kucing tengah bersedih dapat membantu melahirkan rasa belas kasihan dalam individu autisme.

Menambahbaik mood

Perkara ini mudah untuk individu biasa namun untuk individu autisme mood yang baik merupakan sesuatu yang berubah ubah. Kajian menunjukkan apabila dikelilingi oleh kucing atau mempunyai kucing di dalam kediaman individu autisme dalam menambahbaik mood mereka dan mengurangkan episod amukan mereka.

Autisme merupakan kondisi yang sukar untuk difahami untuk sesiapa yang tidak berpengalaman menghadapi mereka setiap hari samada anda mempunyai kondisi ini mahupun orang yang anda sayangi. Spektrum autisme ini meluas dan bukan mudah untuk mengetahui seseorang itu autisme ataupun tidak. Perkara ajaib yang berlaku apabila memiliki kucing dalam kehidupan individu autisme ini adalah dengan hilangnya atau berkurangnya spektrum ini. Ini merupakan dunia di mana perkara yang menyemakkan, amukan, ketakutan, kekecewaan dan kesusahan yang berkaitan dengan autisme mula hilang.

Seekor kucing tidak kisah mahupun memahami sekiranya anda autisme yang kucing faham adalah kasih sayang.

BACA JUGA: Hidup gadis kecil autisme ini berubah setelah munculnya kucing

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like pageĀ The Mamamiaow

Leave a comment