Kenapa Kucing Merenung Pemiliknya?

Jika anda sering perasan yang kucing anda merenung ke arah anda, ianya terdapat beberapa penjelasan di sebalik tingkahlaku ini.

Memahami tingkahlaku kucing bergantung kepada bagaimana anda memahami apa yang difikirkan kucing.

Berikut merupakan sebab-sebab kenapa kucing merenung anda:

1. Menunjukkan kasih sayang

Kucing bukanlah selalu menunjukkan kasih sayangnya tapi ini tidak bermakna kucing anda tidak sayangkan anda. Kucing tidak menunjukkan kasih sayang seperti anjing. Renungan yang tenang adalah salah satu cara kucing menyatakan kasih sayang terhadap pemiliknya.

Menurut Pet MD, apabila seekor kucing merenung anda dengan pandangan yang tenang berserta kerdipan mata yang perlahan-lahan, ianya seperti kucing mengatakan, “Hey, saya sukakan awak!”

Renungan yang lembut bersama bahasa tubuh yang tenang bermaksud kucing anda sepenuhnya berasa selesa di samping anda.

2. Untuk mendapatkan perhatian anda

Jenis renungan ini lebih kepada pengawalan minda kucing. Mungkin kucing anda merenung dengan bersungguh-sungguh dan untuk tempoh yang agak lama sehingga dapat mempengaruhi otak anda dan meyakinkan anda untuk melakukan apa yang mereka inginkan.

Kucing sebenarnya tidak boleh mengawal pemikiran manusia, namun mereka tahu bagaimana untuk menggunakan renungan mereka untuk mendapatkan perhatian dari manusia. Kucing seringkali merenung ke arah manusia apabila mereka inginkan sesuatu.. Selalunya permintaan ini berkaitan dengan makanan.

3. Untuk memahami isyarat sosial dan tingkahlaku

Kucing adalah haiwan yang tersangatlah perseptif dan mereka sering mengambil isyarat sosial dari manusia kegemaran mereka. Jadi jika anda rasa tertekan, kucing anda mungkin mengalami perkara yang sama. Jika anda tenang, kucing anda pun akan tenang sama.

Kucing sangat bagus dalam bahasa tubuh. Mereka boleh lihat anda dan tahu apa yang anda fikirkan dengan cara anda menggerakkan tangan anda, menggerakkan tapak kaki atau melihat pergerakan anda. Dengan merenung anda, kucing anda dapat mengetahui apa yang anda fikirkan dan apa yang anda ingin lakukan.

Apabila anda ke dapur, kucing anda mungkin tahu yang anda ingin mengambil snek. Patutlah kucing kita macam tahu-tahu je kan kalau kita ke dapur…

4. Untuk memberi amaran

Perbezaan antara renungan yang gembira dan renungan yang membahayakan adalah dengan bahasa tubuh kucing anda. Jika kucing anda merenung anda sambil badan mereka dikeraskan dan ekor bergoyang-goyang, anggaplah ini sebagai amaran. Kucing anda mungkin ingin bermain hendap dengan anda atau mungkin sahaja mereka sedang bad mood.

Anda juga perlu memberikan perhatian terhadap bulu kucing anda. Jika bulu kucing anda mengembang ini bermakna mereka sedang dalam kemarahan. Bunyi hiss juga merupakan mesej yang jelas supaya kucing anda tidak diganggu..

Dari kerana mataaaaaa….

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment