Kenapa Kucing Makan Rumput? Kucing Kan Haiwan Karnivor

Pernah tak miaowers semua bawa kucing bersiar-siar di kawasan luar rumah dan melihat kucing anda makan rumput dan meluahnya semula. Macam pelik bukan kucing makan rumput sebab kucing kan haiwan karnivor.

Miaowers semua jangan hairan, ada sebab kucing makan rumput. Nak tahu apa sebabnya? Jom baca post ni…

SESUATU YANG KUCING ANDA MAKAN

Kucing makan rumput mungkin kerana untuk menghilangkan ketidakselesaan pada saluran pencernaan mereka. Ketidakselesaan ini mungkin kerana sesuatu yang tidak dihadam atau memberi gangguan pada perut kucing. Memakan rumput merupakan satu kepentingan pada kucing yang selalu berada di luar dan memakan hasil buruan. Dengan memakan rumput segala benda yang tidak dapat dihadam seperti bulu pelepah burung, tulang dan sebagainya dapat dikeluarkan dengan mudah. Dengan memakan rumput juga dapat membantu kucing anda mengeluarkan bebola bulu yang mereka telan semasa menjilat diri sendiri.

MEMBEKALKAN NUTRISI TAMBAHAN

Antara teori yang lain mengapa kucing makan rumput adalah mungkin kerana nutrisi yang terdapat pada rumput. Tipikalnya apabila kucing memakan mangsa seperti tikus, kucing anda juga memakan apa yang ada dalam perut mangsanya. Isi perut mangsa kucing selalunya mengandungi rumput dan bijiran.

Seperti susu kucing, jus dalam rumput mengandungi folik asid. Vitamin ini penting untuk fungsi badan dan membantu dalam penghasilan hemoglobin: sejenis protein yang membawa oksigen dalam d4rah.

Selain dari serat dan air rumput juga mengandungi vitamin A, vitamin D dan sedikit mineral. Tambahan lagi rumput mengandungi klorofil yang boleh melegakan kesakitan dan jangkitan.

KERISAUAN (ANXIETY)

Jangan ingat manusia ja boleh diserang kerisauan yang melampau. Kucing pon boleh juga. Apabila kucing berasa tertekan ada sesetengah kucing mempamerkan tekanan dengan berlebihan dalam makan, menjilat diri sendiri dan berbunyi. Ada juga kucing yang mempamerkan tekanan dengan keinginan mengunyah sesuatu. Jika anda melihat kucing anda mengunyah rumput atau tumbuhan di dalam rumah dengan kadar yang berlebihan dari kebiasaannya, mungkin kucing anda tertekan.

TIDAK SEMUA RUMPUT ITU BAGUS

Mungkin memakan rumput memberi kebaikan pada perut kucing anda. Namun anda perlu berhati-hati apabila melepaskan kucing anda untuk menikmati rumput kerana mungkin rumput tersebut baru di racun. Jadi, sila pantau di mana kucing anda memakan rumput. Nak lagi selamat, anda boleh menanam sendiri rumput khas untuk kucing anda.

Jadi kesimpulannya bukanlah perkara yang pelik jika anda melihat kucing memakan rumput. Ada juga yang percaya bahawa kucing memakan rumput untuk melegakan sakit tekak. Sudah tentu, kucing anda memakan rumput tidak semestinya kucing anda mengalami gangguan pada sistem pencernaannya atau sakit perut. Jika anda masih skeptikal mengenai kucing memakan rumput ini, anda boleh berbincang dengan vet anda.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment