Kenapa Kucing Macam Naik Gila Kalau Dapat Catnip?

Pernah lihat kelaku kucing kalau dapat catnip?

Walaupun kesannya seakan-akan kucing dapat pokok kucing galak, catnip dan pokok kucing galak adalah spesis pokok yang berbeza.

Kucing akan jadi ‘gila’ kerana catnip, berguling-guling, berlari laju ke sana sini, meleleh air liur, akan melompat di tangan anda sekiranya tangan anda ada bau catnip atau kadangkala terus tidur. Ada juga kucing yang jadi sangat agresif dan melindungi jika mereka beranggap anda ingin mengambil permainan catnip mereka. Catnip sememangnya membuatkan kucing gila kerananya tapi kenapa?

Apa itu catnip?

Catnip adalah tumbuhan herba yang dipanggil Nepeta Cataria yang merupakan keluarga pokok mint. Ia mempunyai daun yang berbentuk hati yang tumbuh meliar dan boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 3 meter. Ia mempunyai bunga kecil yang boleh kembang menjadi warna putih, biru, lavender atau merah jambu.Tumbuhan ini berasal dari Eropah, Asia dan Afrika. Mudah sahaja jika anda ingin menanamnya sendiri.

Apabila daunnya koyak, ia melepaskan satu bahan kimia yang bernama nepetactone di mana kucing sangat reaksi terhadapnya. Jika anda menghancurkan daun catnip sebelum menyapu pada permainan atau pos mencakar, ia mempunyai efek lebih kuat.

Apa yang catnip lakukan pada kucing?

Bau yang ada pada catnip mempunyai efek yang kuat terhadap kucing. Kajian yang dilakukan baru-baru ini oleh Persatuan Kimia Amerika menemui yang nepetalactone pada catnip mengikat ke reseptor olfactory pada hidung kucing dan mencetuskan respon euphorik neurologikal.

Walaubagaimanapun pakar tidak pasti kenapa catnip mencetus respon terhadap emosi kucing. Ada saintis berasa bau pada catnip sama dengan feromon gembira dan otak kucing respon terhadapnya serta merta. Ada pula kucing akan menjadi agresif berbanding gembira apabila mereka menghidu catnip.

Dengan memakan catnip juga memberi kesan yang sama namun tidak berapa kuat seperti menghidunya. Apabila dimakan, akan membuatkan kucing kelihatan lebih tenang berbanding gembira.

Kenapa ada kucing yang tidak suka dengan catnip?

Kadangkala anda pernah lihat kucing jadi gila kerana catnip dan ada pula yang langsung tidak kisah. Ini adalah ada sesetengah kucing yang sensitif terhadap catnip. Sensitiviti terhadap catnip adalah keturunan dan pakar mengatakan terdapat 50 ke 70 peratus sahaja yang respon terhadap catnip. Namun respons tidak had kepada kucing domestik sahaja. Kucing besar seperti singa dan harimau juga mungkin mempunyai kesensitiviti seperti ini juga!

Tahukah anda manusia pun mempunyai kesan terhadap catnip?

Catnip juga boleh memberikan kesan secara emosi kepada manusia walaupun tidaklah kuat seperti kucing. Catnip lebih kepada sedatif kepada manusia. Apabila digunakan pada air teh, ia lebih kurang seperti kamomil. Kesan sedatif ini juga boleh membantu apabila sakit kepala, loya atau sakit gigi. Catnip yang dipekatkan esennya boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dan serangga yang lain namun tidaklah tahan lama seperti penghalau serangga yang ada dipasaran. Ada juga pakar mengatakan yang kesannya akan hilang sejurus disapu pada kulit.

Catnip adalah selamat untuk kucing anda tapi sekiranya anda mempunyai kucing banyak anda patut memperkenalkan catnip seekor demi seekor untuk mengelakkan huru hara yang akan terjadi di rumah anda. Efek pada catnip hanya bertahan selama 5 ke 15 minit.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment