Kenapa Kucing Jantan Makan Anak Kucing?

Adakah anda tertanya-tanya kenapa kucing jantan suka menyerang anak kucing yang baru dilahirkan? Ada sampai yang makan anak-anak kucing tersebut.

Kadang kala ada juga ibu kucing itu sendiri memakan anaknya. Anda boleh ketahui sebabnya di sini. Untuk artikel kali ini kita membincangkan kenapa kucing jantan memakan anak kucing lain. Ada yang sampai memakan anaknya sendiri.

Kucing merupakan haiwan yang solitari walaupun secara domestik dan situasi liar. Kucing selalunya diorganisasikan dalam kumpulan seperti keluarga singa.

Kumpulan kucing selalunya diketuai dan didominasikan oleh kucing betina manakala kucing jantan hanya ada apabila salah seekor kucing betina tengah on heat dan bersedia untuk mengawan. Walaupun ianya agak tidak biasa bagi beberapa kumpulan kucing yang diketuai oleh kucing jantan. Wah MM pun baru tahu ni sebab ingatkan ketua memang kucing jantan.

Kenapa kucing jantan bunuh anak kucing?

Kucing jantan selalunya menubuhkan kawasan jajahan dan mengawalnya, ini mungkin sekumpulan kucing betina yang kucing jantan ini mempunyai kawalan dan menghalau kucing jantan yang lain dari memasuki kawasannya.

Pengawalan kawasan ini mungkin termasuk membunuh mana-mana sahaja anak kucing yang bukan dari benihnya sendiri atau anak kucing yang mempunyai pelengkap genetik kucing jantan yang boleh menjadi pesaing baginya.

Kenapa kucing jantan makan anak kucing yang baru dilahirkan?

Kucing mempunyai deria menghidu yang cukup hebat dan kuat untuk membantunya mengesan mana-mana penceroboh dalam kawasannya. Jika kucing jantan mengesan bau kucing jantan pesaingnya jadi ia memutuskan yang anak kucing yang dilahirkan merupakan benih dari kucing jantan pesaing tersebut.

Ini mungkin menyebabkan ia membunuh kesemua anak-anak kucing yang baru dilahirkan supaya ibu kucing tidak dapat membesarkan anak-anak kucing hasil dari benih pesaingnya. Ini membuatkan kucing betina ini akan on heat semula dengan lebih cepat dan ia boleh mengawan semula untuk memastikan anak-anak yang dilahirkan nanti adalah dari benihnya sendiri.

Apabila kucing jantan mengambil alih kawasan baru yang pada asalnya dimiliki oleh kucing jantan lain yang mungkin sudah mati atau kalah, kucing jantan ini akan membunuh semua anak-anak kucing yang ada di kawasan jajahannya yang baru ini supaya ia anak-anak kucing dari benihnya dapat dilahirkan.

Tingkahlaku kucing jantan adalah seperti singa

Tingkahlaku kucing jantan adalah seperti singa dan kucing jantan tidak selalunya pasti jika anak-anak kucing adalah hasil dari benih mereka atau dibawa oleh kucing jantan yang lain lebih-lebih lagi di kawasan yang mereka seringkali bersaing untuk kucing betina di sana.

Ini menjadikan ibu kucing mempunyai tanggungjawab untuk menyembunyikan anak-anak kucing ketika anak-anak kucing ini masih pada tahap mudah diserang oleh kucing jantan. Walaupun ada beberapa situasi yang kucing jantan membunuh anak kucing dari benihnya sendiri, ini mungkin keranakucing jantan tidak dapat melepaskan gen mereka kepada anak-anak seterusnya.

Ada beberapa kucing jantan yang penyayang dan kurang atau naluri teritorialnya tidak berkembang dengan baik. ini mungkin kerana kekurangan kucing jantan lain yang membuatkan kucing jantan ini tidak agresif.

Kucing jantan tidak selalunya melibatkan diri mereka dalam membesarkan anak-anak kucing namun ada juga beberapa kucing jantan yang penyayang dan menjaga kucing kecil, menyediakan makanan dan sanggup bermain dengan anak-anak kucing. Tidak banyak kucing jantan yang mengambil tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak kucing. Kalau ada memang kucing jantan tu rare!

Bila anak-anak kucing akan selamat dari kucing jantan?

Anak-anak kucing akan selamat dari diserang kucing jantan atau ayah mereka sendiri apabila mereka sudah mempunyai berat sekurang-kurangnya 1kg dan berusia 8 ke 12 minggu.

Kesimpulan

Kucing jantan selalunya tiada untuk melindungi anak-anak mereka, walaupun kucing jantan dalam sesuatu koloni akan menghalau penceroboh yang mendekati kawasan jajahan mereka. Ini bukanlah untuk melindungi anak-anak kucing, ini selalunya untuk melindungi kawasan mereka sahaja.

Kebanyakan serangan kepada anak kucing berlaku apabila ibu kucing keluar meninggalkan sarang dan ibu kucing selalunya akan menghalau mana-mana kucing jantan yang cuba menyerang anak-anaknya.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment