Kenapa Kucing Di Asia Kebanyakannya Berekor Pendek Dan Bersimpul?

SPCA Singapura berkata kucing berekor pendek dan bersimpul adalah biasa dan mereka dilahirkan sebegitu.

Walaubagaimanapun menurut buku Robinson’s Genentics,

“Majoritinya, kecacatan ini adalah berasal dari kecederaan, berkemungkinan ketika zaman penaklukan atau selepas itu.”

Namun penulis buku ini tidak semestinya merujuk kepada kesemua negara Asia.

Di Malaysia juga kita boleh lihat ada sahaja kucing-kucing kampung yang berekor pendek dan berekor patah serta bersimpul. Ini adalah ciri-ciri utama kucing kampung. Dikatakan bahawa kucing-kucing di Portugis suatu waktu dahulu memang disengajakan untuk mereka mengepit hujung ekor kucing sejak daripada anak kucing lagi kerana dikatakan ianya akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada pemiliknya. Apabila kedatangan bangsa Portugis ke bumi Melaka suatu waktu dahulu mereka juga membawa kucing-kucing baka Manx yang berekor bersimpul dan akhirnya wujudlah kucing kampung  berekor bersimpul.

Kucing ekor bersimpul juga boleh dijumpai pada kucing Siam di Thailand. Ini secara positifnya adalah ciri-ciri keturunan. Walaupun menurut Robinson’s Genetics:

“Bentuk ekor bersimpul atau pendek bukan perkara biasa bagi kucing siam (penulis ini merujuk kepada kucing siam yang dibiakkan di negara Barat) 

“Diketahui bahawa kondisi ini mungkin ciri-ciri keturunan namun sebab utamanya tidak diketahui.”

Menurut Picture Of Cats, terdapat banyak kisah mitos di luar sana mengenai kucing jalanan Asia yang berekor pendek dan bersimpul. Seperti contohnya di Jakarta di katakan yang penduduk di sana memotong ekor kucing untuk suka-suka atau sebab yang estetik. Atau ekor tersebut ‘hilang’ ketika dalam pergaduhan.

Masyarakat sukakan kisah-kisah dongeng seperti pemotongan ekor kucing kerana beberapa adat yang lama dan rare, namun kebenarannya ialah kucing yang berekor pendek dan bersimpul adalah kerana mutasi genetik yang dikatakan muncul dan tidak hilang.

Persoalannya kenapa mutasi ini banyak berlaku di kucing jalanan Asia?

Ada yang kata kucing berekor pendek di Asia, kucing baka Japanese Bobtail mengawan dengan kucing Asia yang lain dan menyebarkan gen ini dengan meluas sekali.

Mutasi genetik yang menyebabkan ekor pendek pada kucing Japanese Bobtail sangat resesif (berkaitan dengan atau menandakan ciri-ciri yang dikendalikan oleh gen yang ada pada keturunan ibu bapa kucing). Boleh dilihat pada seni lukisan purba Jepun dan sudah ada sejak abad ke 6 lagi. Jika kucing tidak dibiakkan, katakan dalam satu koloni ini mungkin membenarkan resesif gen ini untuk menunjukkan kehadirannya pada kucing yang berekor pendek.

Ada juga yang kata kucing Japanese Bobtail diperkenalkan ke Jepun dari China. Ada pula yang berkata kucing Kurilian Bobtail dari Russia adalah pencetus kucing baka ini. Walaubagaimanapun mutasi gen kucing Kurillian Bobtail menyebabkan ekor menjadi pendek bukan gen yang sama. Ia adalah gen dominan yang tidak lengkap. Sehinggalah tahun 1968, kucing Japanese Bobtail adalah baka kucing yang rawak.

Kucing Siam juga boleh berekor pendek dan bersimpul di Asia. Kucing Siam yang diimport ke negeara Barat pada lewat tahun 1800 mempunyai ekor yang bersimpul. Kucing-kucing ini ditolak oleh pembiak.

Tapi kenapa mutasi genetik ini hanya berlaku pada kucing di Asia? Ekor kucing digunakan sebagai keseimbangan dan sebagai alat komunikasi kucing. Adakah kucing yang berekor pendek dan bersimpul mempunyai kekurangan dan jika ya kenapa mutasi gen ini tidak hilang?

Mungkin lah akan hilang cumanya mengambil masa yang lama. Kan keadaan ini berlaku sejak abad ke 6 lagi dari apa yang diberitahu. Mungkin cuaca panas di Asia menjadi peranan tapi entahlah macam tiada kaitan pula kan?

Bagi MM punca kucing berekor pendek dan bersimpul di Asia adalah kebesaran Allah dalam menunjukkan keEsaannya. Ekor pendek ke ekor bersimpul ke tetap kucing itu disayangi kan?

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment