Kenapa Dikatakan Kucing Calico Jantan itu Rare?

Pemilik kucing dan juga pencinta kucing di luar sana mungkin pernah mengetahui mitos yang menarik mengenai kucing calico jantan.

Kucing calico jantan tersangatlah jarang berlaku dan sangat rare, dengan purata 1 dalam 3000 kelahiran kucing calico. Tiada permintaan yang luar biasa terhadap kucing calico jantan kerana kucing jantan calico tidak mampu untuk dibiakkan kerana selalunya kucing jantan calico ni m4ndul.

Ini kucing calico jantan yang bernama Sherman

Apakah itu kucing calico?

Mungkin ada sesetengah dari kita tersalah fahsm mengenai kucing calico ada sejenis baka kucing. Walaubagaimanapun calico adalah istilah yang diberikan kepada warna bulu kucing yang mempunyai 3 tompokan warna. Terdapat banyak baka kucing boleh terjadinya kucing calico kerana asal usuk genetiknya. Berbeza dari kucing tortoiseshell, bulu kucing calico merupakan tiga warna yang ketara iaitu perang, hitam dan putih atau variasi dari tiga warna tersebut.

Variasi warna perang boleh jadi warna oren atau warna krim. Warna kedua semestinya warna putih tanpa ada variasi yang lain. Variasi warna hitam yang diperlukan seperti warna kelabu kebiruan, warna coklat, atau warna lilac (warna rose beige pucat), coklat kemerahan (kulit kayu manis) atau warna kelabu pucat. Hitam dan kelabu kebiruan merupakan variasi utama warna hitam pada kucing calico.

Kenapa kucing calico jantan sangat jarang berlaku?

Kucing jantan calico adalah satu bentuk kecacatan genetik. Seperti manusia kucing mempunyai dua kromosom jantina. Kromosom membawa gene dan menentukan sifat sesuatu haiwan. Warna perang yang diperlukan untuk kucing calico hanya dibawa oleh kromosom gene betina iaitu kromosom X. Kalau begitu bolehkah kucing jantan mendapat warna perang untuk menghasilkan corak calico?

Secara ringkasnya, dua kromosom diperlukan untuk menentukan jantina. Setiap ibu dan bapa menyumbang kromosom X atau Y kepada anak anaknya. Ibu yang mempunyai kromosom XY, hanya boleh menyumbangkan kromosom X atau Y kepada anak manakala ayah yang mempunyai kromosom XX menunjukkan kromosom ayah lah yang menentukan jantina anak anak. Gene warna perang tidak boleh disumbangkan oleh ayah kerana karakteristik yang luar biasa persoalan mengenai gene ini. Dalam keadaan yang pasti, apabila gene warna perang diturunkan kepada anak kucing betina ia tidak akan menunjukkan bulu berwarna perang atau oren namun akan lebih menjurus kepada bulu 3 warna ataupun kucing calico yang sejati.

Jadi macam mana kucing jantan boleh jadi calico? Kadangkala terdapat ketidaksempurnaan semasa pembahagian gabungan dua kromosom apabila salah satu kromosom terpisah semasa kejadian persenyawaan berlaku. Apabila perkara ini berlaku kromosom yang tidak lengkap ini akhirnya bergabung dengan dua kromosom yang diperlukan, lalu memberikan anak anak dengan gabungan kromosom seperti berikut:

  • XX + Y = XXY
  • XY + X = XXY

Dalam kedua dua kes ini, dapat menghasilkan kucing jantan yang boleh diturunkan ciri ciri kucing calico.

Kucing jantan calico selalunya tidak mampu untuk membiak kerana kecacatan genetik yang dinyatakan di atas seringkali memberi jaminan bahawa kucing jantan calico ini m4ndul.

Kucing jantan calico ni mahal ke?

Ada yang beranggapan kucing jantan calico boleh membawa harga yang tinggi kepada para pembiak dan peminat kucing kerana tahap rare nya itu. Kucing jantan calico merupakan fenomena yang menarik dalam dunia kucing, perkara yang mengurangkan minat terhadap kucing jantan calico hanyalah ketidakupayaan mereka untuk membiak. Walaupun kucing jantan calico ini mandul adalah lebih elok untuk kasikan juga mereka untuk mengelakkan tingkahlaku jantan seperti menyembur urin atau tingkahlaku jantan yang lain.

Baka kucing apakah mempunyai calico jantan?

Seperti yang dinyatakan pada awal artikel tadi, kucing jantan calico mempunyai tiga warna pada bulunya, namun mereka bukanlah dari baka yang berbeza. Sebenarnya terdapat 16 baka kucing boleh mendapat warna calico dan banyak warna calico boleh terjadi dalam mana mana baka kucing tersebut. Antara baka kucing yang sering mempunyai warna calico adalah:

  • American shorthairs
  • Maine Coons
  • Scottish Folds
  • Japanese Bobtail

Anak kucing calico jantan merupakan anak kucing dari ibu bapa kucing yang mempunyai baka yang pelbagai. Kucing calico betina sangat biasa jika dibandingkan dengan kucing jantan calico kerana keunikan corak bulunya yang sangat jarang untuk terjadi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment