Kenapa Kita Perlu Memandulkan Kucing Kita?

Mem4ndulkan, mengembiri, mengkasi, neuter, spaying, sunat tidak kisahlah apa yang anda sebut asalkan maksudnya sama.

Kenapa perlu m4ndulkan kucing ni yea?

Kenapa perlu dim4ndulkan

Seekor kucing betina boleh melahirkan anak sekurang kurangnya 3 ekor dan paling banyak rasanya dalam 7 ekor. Kucing betina juga subur kembali selepas 3 bulan melahirkan anak. Jadi sekiranya anda tidak mem4ndulkan kucing anda dan tidak mengkasi kucing jantan anda cuba bayangkan berapa banyak ekor anak kucing yang akan lahir dalam setahun? Do your own math.

Menjaga kebajikan haiwan tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebajikan ni? Yelah kalau dah kucing terlalu banyak sangat mampukah anda untuk menyediakan segala keperluan kucing anda? Kalau bukan dari segi makanan, mampukah anda dari segi kesihatan? Jangan lah kita bela kucing sahaja tapi bila kucing sakit nak bawa ke vet pun tak mampu katanya.

Membantu mengawal populasi kucing

Nak kurangkan populasi kucing jalanan? Ha sila m4ndulkan kucing anda. Ingat ya kucing tidak akan pupus sekiranya anda mem4ndulkan kucing anda.

Kucing lebih sihat

Kucing betina yang terlalu kerap mengandung akan berisiko untuk tidak sihat berbanding dengan kucing yang sudah dim4ndulkan. Kucing betina yang sering dicucuk ubat perancang juga berisiko untuk menghidap kanser uterus. Jangan ingat manusia saja ya ada kanser.

Bagi kucing jantan pula, setelah dikasi akan hilangnya tingkahlaku menjaga kawasan dan bergaduh. Jadi kuranglah untuk cedera berbanding kucing jantan yang tidak dikasi.

Kucing tidak lagi menyembur urin menanda kawasan

Kucing jantan semestinya akan menyembur urin jika sudah matang dan mula miang nak mengawan. Kucing betina pun sama ya untuk memberitahu kucing jantan akan kewujudannya. Jadi kalau taknak satu rumah kena sembur, sila m4ndulkan kucing anda. Namun perlu diingatkan ada kucing yang sudah dimandulkan masih lagi menyembur urin. Penyelesaiannya anda perlu m4ndulkan kucing sebelum kucing anda mula tingkahlaku menyembur urin. Pendek cerita sebelum kucing matang lah kan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment