Kenapa Kita Perlu Memandulkan Kucing Kita?

Memandulkan, mengembiri, mengkasi, neuter, spaying, sunat tidak kisahlah apa yang anda sebut asalkan maksudnya sama.

Kenapa perlu mandulkan kucing ni yea?

Kenapa perlu dimandulkan

Seekor kucing betina boleh melahirkan anak sekurang kurangnya 3 ekor dan paling banyak rasanya dalam 7 ekor. Kucing betina juga subur kembali selepas 3 bulan melahirkan anak. Jadi sekiranya anda tidak memandulkan kucing anda dan tidak mengkasi kucing jantan anda cuba bayangkan berapa banyak ekor anak kucing yang akan lahir dalam setahun? Do your own math.

Menjaga kebajikan haiwan tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebajikan ni? Yelah kalau dah kucing terlalu banyak sangat mampukah anda untuk menyediakan segala keperluan kucing anda? Kalau bukan dari segi makanan, mampukah anda dari segi kesihatan? Janganlah kita bela kucing sahaja tapi bila kucing sakit nak bawa ke vet pun tak mampu katanya.

Membantu mengawal populasi kucing

Nak kurangkan populasi kucing jalanan? Ha sila mandulkan kucing anda. Kucing adalah haiwan yang cepat membiak. Ingat ya kucing tidak akan pupus sekiranya anda memandulkan kucing anda.

Kucing lebih sihat

Kucing betina yang terlalu kerap mengandung akan berisiko untuk tidak sihat berbanding dengan kucing yang sudah dimandulkan. Kucing betina yang sering dicucuk ubat perancang juga berisiko untuk menghidap kanser uterus. Jangan ingat manusia saja ya ada kanser.

Bagi kucing jantan pula, setelah dikasi akan hilangnya tingkahlaku menjaga kawasan dan bergaduh. Jadi kuranglah untuk cedera berbanding kucing jantan yang tidak dikasi.

Kucing tidak lagi menyembur urin

Kucing jantan semestinya akan menyembur urin jika sudah matang dan mula miang nak mengawan. Kucing betina pun sama ya untuk memberitahu kucing jantan akan kewujudannya. Jadi kalau taknak satu rumah kena sembur, sila m4ndulkan kucing anda. Namun perlu diingatkan ada kucing yang sudah dimandulkan masih lagi menyembur urin. Penyelesaiannya anda perlu m4ndulkan kucing sebelum kucing anda mula tingkahlaku menyembur urin. Pendek cerita sebelum kucing matang lah kan.

BACA JUGA:

Kucing yang sudah dikembiri masih ada nafsu ke

Kebaikan mengembiri kucing

Hukum mengembiri kucing

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment