Kenapa Golongan Introvert Dikatakan Mempunyai Persamaan Personaliti Dengan Kucing?

Adakah anda seorang introvert? Adakah anda seorang pencinta kucing? Jika ya, tidak hairanlah.

Kredit foto: healthy paws pet insurance

Sedar atau tidak golongan introvert dan kucing mempunyai banyak persamaan.

Kasih sayang yang setia

Sama seperti golongan introvert, kucing selalunya lebih memilih dengan siapa yang mereka tunjukkan kasih sayang. Mereka tidak mudah terpa ke sesiapa sahaja yang mereka kenali. Tapi ada juga sesetengah kucing yang mesra alam seperti golongan extrovert hehe…

Tenang

Kebanyakan kucing akan mula bertenang dan kurang aktif setelah meningkat dewasa. Berbeza ketika zaman anak kucing dahulu, mereka sentiasa ingin bermain, menghuru-harakan rumah dan tenaga seperti tidak pernah habis.

Sama seperti golongan introvert yang tidak perlukan perhatian dan perkara gembar-gembur untuk rasa gembira.

Kemahuan yang ringkas

Tidak sukar pun untuk menggembirakan kucing.

[Makanan + kasih sayang + keselesaan = seekor kucing yang gembira!]

Sama seperti golongan introvert juga. Keadaan yang tenang sunyi, dapat berehat membaca buku menonton filem pun dah cukup bahagia.

Lebih suka bersendiri

Kucing bukan haiwan yang berkelompok. Mereka sering mengembara seekor sahaja. Mereka lakukan perkara ikut suka hati mereka sahaja.

Golongan introvert juga begitu. Lone ranger! Ini bukan bermakna mereka tidak sukakan manusia lain. Mereka cuma lebih suka bersendirian berbanding berkumpul bersosial beramai-ramai. 

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment