Kenapa Bulu Kucing Saya Nampak Kasar?

Bulu kucing yang bersinar, lembut dan gebu selalunya menunjukkan kucing itu sihat.

Jika bulu kucing anda kelihatan kasar seperti tidak dijaga, berserabut malah kusam jadi jangan risau mengenai luaran kucing anda. Mungkin ada yang tidak kena dengan dalaman kucing anda.

Terdapat beberapa faktor yang boleh diambil kira. Jika kucing anda suka berada di luar rumah, mungkin puncanya dari persekitaran luar. Jika kucing anda kucing indoor, selalunya ada sesuatu yang menganggunya. Mungkin secara psikologi serta fizikal. Namun jika kucing anda sememangnya dari baka kucing yang mempunyai bulu kerinting tidak jadi masalah. Dah memang rupa bulu mereka tampak kasar.

Punca bulu kucing tidak cantik

Jika bulu kucing anda nampak kasar, mesti ada puncanya. Kucing tidak mahu merapi dirinya sendiri selalunya ada masalah mental dan fizikal yang menghalang mereka untuk melakukannya. Selain dari itu kucing akan mempunyai bulu kasar kerana:

Diet

Ini mungkin sebab yang paling sering berkaitan dengan keadaan bulu kucing. Diet yang tidak mencukupi iaitu nutrien yang diperlukan oleh kucing. Jika ini kesnya, kucing anda akan menunjukkan kekurangan nutrisi dengan hilang kilauan pada bulunya yang akan menyebabkan terjadinya bulu kusam dan keguguran yang sangat teruk.

Pathologi

Masalah dermatologi juga boleh menjadi punca masalah bulu kasar pada kucing. Bulu yang kasar boleh berlaku kerana kulit kucing itu sendiri mempunyai masalah. Masalah kulit seperti dermatitis atau kudis yang berpunca dari hama. Bulu kasar ini akan didatangi dengan kelemumur, alopecia (keguguran bulu), kulit kering dan luka kerana kulit pecah sebab terlalu kering.

Stress

Jika bulu kucing anda selama ini cantik tiba-tiba kasar dan rosak, penting untuk bawa ke veterinar untuk dapatkan pemeriksaan. Supaya dapat mencari kebarangkalian sesetengah pathologi atau mulakan rawatan jika perlu. Walaubagaimana pun stress juga boleh menjadi punca bulu kucing anda jadi kasar. Jika kucing stress, sistem imun kucing akan merosot dan akhirnya menjadikan bulu kucing ands kasar dan tidak bermaya.

Kurangnya kebersihan

Walaupun kucing boleh merapi dirinya sendiri, ada yang memerlukan pemberusan harian dari pemilik mereka untuk mengekalkan kesihatan bulu. Selalunya kucing baka bulu panjang perlukan bantuan untuk mengekalkan bulu mereka bersih dan sihat. Jika tidak bulu mereka boleh jadi kusam dan menggalakkan pertumbuhan parasit dan bakteria.

Kucing berbulu pendek pun perlu diberus lebih-lebih lagi jika mereka tidak mampu untuk merapi diri mereka sendiri kerana tua atau pun mengalami kecederaan.

Penjagaan bulu kucing


Untuk mengelakkan dari bulu kucing anda kelihatan kasar, dan untuk membantu menjadikan bulu kucing anda berkilauan dan tebal ada beberapa  pertimbangan yang perlu anda lakukan:

Perubahan Diet

Makanan yang disediakan untuk kucing kita seharusnya kualiti yang paling terbaik atau sekurang-kurangnya membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk kucing anda.

Nyahcacing

Kehadiran parasit seperti hama atau kutu boleh juga menyebabkan keadaan bulu kucing anda tidak cantik. Kehadiran parasit-parasit ni juga boleh mengurangkan kehidupan kucing anda dalam 5 tahun! Inilah sebabnya penting untuk sentiasa menyahkan cacing pada kucing anda setiap 6 bulan.

Memvaksin kucing juga boleh memastikan kesihatan kucing anda sentiasa terjaga. Tapi perlu diingatkan ya vaksin dengan nyahcacing adalah dua perkara yang berbeza.

Kebersihan

Memberus secara harian dapat membantu kucing anda membuang bulu-bulu mati sekaligus akan mengelakkan dari terjadinya penyumbatan bulu dalam usus kucing.

Stress

Kucing adalah haiwan yang sukakan rutin jadi kalau boleh jangan tukar langsung rutin yang sudah kucing anda biasa. Jika ingin lakukan perubahan, lakukan sedikit demi sedikit.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment