Kenapa Bawang Bahaya Kepada Kucing?

Hati- hati memberikan makanan yang  mengandungi bawang pada kucing anda. Kerana bawang dapat menyebabkan anemia yang parah pada kucing.

Kandungan bahan kimia tertentu yang terdapat pada bawang dapat menyebabkan kelainan sel darah merah yang disebut “Heinz body’. Kelainan ini boleh dilihat dengan mikroskop.

Sebahagian dari kita mungkin pernah memberikan makanan/bubur untuk bayi dengan tujuan meningkatkan nafsu makan kucing. Sayangnya beberapa makanan bayi mengandungi tepung bawang. Beberapa kucing mengalami “anemia Heinz Body” yang sangat parah.

Bawang Putih Vs Bawang Merah

Lalu bagaimana dengan bawang putih ? bawang putih juga mengandungi zat kimia yang sama dengan bawang merah, yang dapat menyebabkan anemia. Kandungan zat kimia dalam bawang putih yang merbahaya pada kucing jumlahnya lebih sedikit dari bawang merah.

Bawang putih sering digunakan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh pada manusia dan anjing. Efek bawang putih dan dos yang tepat untuk meningkatkan kekebalan pada kucing belum diketahui dengan pasti. Jadi hati-hati memberikan kucing makanan atau ubat ubatan herbal yang mengandungi bawang putih dan juga bawang merah.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment