Kenapa Anak Kucing Suka Menggigit dan Mencakar? Bagaimana Cara Untuk Menghentikan Tingkahlaku Ini?

Anak kucing sangat suka bermain, namun apabila mereka menjadi terlebih eksited mereka seringkali mencakar dan menggigit.

Gambar: Catster

Tingkahlaku ini sebenarnya normal bagi anak kucing dan ia bukanlah tanda anak kucing anda sedang marah. Namun sekiranya tidak dibendung, ia akan menjadi masalah yang lebih serius. Lebih-lebih lagi teman bermain anak kucing anda adalah anak kecil anda sendiri.

Mujurlah dalam kebanyakan kes, ianya mudah untuk menjinakkan anak kucing yang garang dan menghentikan tingkahlaku ini.

Kenapa anak kucing suka mencakar dan menggigit?

Dalam kebanyakan kes, anak kucing memang akan mencakar dan menggigit apabila bermain. Inilah caranya mereka belajar untuk bersosial bersama adik beradiknya yang lain, menguji sempadan dan dalam beberapa kes saja nak main-main. Walaubagaimanapun, mencakar dan menggigit juga merupakan tanda yang anak kucing anda ketakutan, marah dan dalam kesakitan. Untuk pastikan ia bukan hal itu adalah:

  • Jika seseorang selain dari anda komplen mengenai tingkahlaku anak kucing ini, lihat dan perhati interaksi anak kucing dan individu tersebut. Ada kanak-kanak kecil yang masih belum memahami yang mereka boleh menyakiti anak kucing jika bermain terlalu kasar.
  • Elakkan dari memegang tapak kaki dan perut anak kucing.
  • Periksa setiap pelusuk tubuh anak kucing anda. Jika ia memberi respon negatif apabila dibelai, mungkin ada kecederaan pada anak kucing anda.
  • Pastikan yang tingkahlaku kucing anda tidak dikaitkan dengan sesuatu yang menakutkannya.

Bagaimana untuk menghentikan tingkahlaku ini?

Gambar: Adopt a Pet

Apabila anak kucing menggigit dan mencakar, ia seperti mereka digalakkan untuk melakukan itu. Lebih-lebih lagi jika anda sering bermain dengan anak kucing dengan kasar. Bermain secara kasar dengan anak kucing anda akan mengajar anak kucing anda bahawa tangan anda adalah permainan, ianya satu pengajaran yang sukar untuk dibendung dikemudian hari nanti. Cuba bermain dengan anak kucing anda dengan permainan yang bersesuaian. Hanya gunakan tangan anda untuk membelai sahaja.

Pastikan semua ahli keluarga dan pelawat mengetahui garis panduan ini jadi anak kucing anda menerima mesej yang berterusan.
Ini beberapa tips untuk anda mengawal masalah ini dan melatih anak kucing anda untuk menghentikan tingkahlaku ini:

Potong kuku

Walaupun ramai yang mengecam tindakan ini tapi tahukah anda, pemotongan kuku tidak menyakiti anak kucing anda sekiranya dilakukan dengan betul. Pemotongan kuku perlu dilakukan dengan kerap dan jangan gunakan pemotong kuku manusia. Gunakan pemotong kuku khas untuk kucing.

Jerit “Ouch”

Jerit ala kadar sahaja tapi dengan kuat dan jelas. Apabila anda sudah mendapat perhatian dari anak kucing anda, perlahan-lahan lepaskan tangan anda dari cengkaman anak kucing tersebut. Jangan tarik tangan anda dengan cepat atau anak kucing anda akan fikir yang anda masih ingin bermain dengannya.

Berikan anak kucing anda“Time-Out”

Anda boleh pergi menjauhkan diri dari anak kucing anda atau anda boleh bawa anak kucing anda ke bilik yang kecil dan senyap dan tinggalkan ia dengan pintu bertutup. Anda juga boleh mengurung anak kucing anda dalam carrier atau dalam bakul. Anak kucing anda mungkin terlebih stimulasi dan perlukan sedikit masa untuk bertenang.

Periksa anak kucing anda semula selepas 15 minit. Jika anak kucing tersebut sedang tidur, biarkan sahaja. Jika ia terjaga, anak kucing anda mungkin memerlukan perhatian kasih sayanh dari anda. Jangan bermain dengannya, tapi belailah anak kucing anda dan beritahu bahawa anda sangat menyayanginya.

Alihkan perhatian anak kucing

Selalunya bila anak kucing anda bermain dengan cara mencakar dan menggigit tahan ini anak kucing anda bosan sebenarnya. Luangkan masa bermain dengan anak kucing anda selama 15 minit dengan permainan yang aktif dengan menggunakan permainan interaktif seperti pancaran laser atau tongkat bulu pelepah. Anak kucing anda akan mengejar, menghendap dan menyerang permainan tersebut.

Macam MM buat kalau anak kucing MM mula nak serang tangan ha masa tu memang kena luang masa bermain dengan ank kucing MM tu. Bagi ia kejar bulu pelepah sampai penat ha tertidur la budak tu.

Langkah seterusnya

Jika anda sudah melakukan tips ini secara berterusan tapi anak kucing anda masih mencakar dan menggigit, mungkin tiba masanya untuk anda bertemu vet atau pakar tingkahlaku kucing dan berbincang dengan mereka. Mereka akan melihat penyelesaian untuk spesifik kucing, situasi dan cara hidup.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment