Kenapa Ada Sesetengah Kucing Akan Menggigit Apabila Dibelai?

Ini adalah satu teka-teki yang pastinya! Satu ketika kucing anda sangat suka apabila dibelai, tiba-tiba anda tahu anda digigit apabila membelai kucing anda.

Ya bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya. Kucing MM pun sama. Ada hari ok bila dibelai. Ada hari silap haribulan memang kena gigit bila dibelai.  Kebanyakan pemilik kucing akan katakan tingkahlaku ini adalah ‘gigitan kasih sayang’ tetapi ada istilah formal yang diberi oleh pakar tingkahlaku kucing iaitu ‘Belaian yang menggalakkan keagresifan‘ dan ia satu topik yang sangat sukar untuk difahami.

Tipikalnya kucing yang peramah akan mencari perhatian dari manusia hanyalah untuk mengaktifkan keinginannya untuk perhatian, apabila bermulanya kasih sayang itu dilihat sudah lama ada. Pemilik kucing jenis ini akan mendiskripsikan kucing mereka sebagai kucing yang berubah dari peramah ke liar dalam sekelip mata.

Walaupun sifat yang membingungkan ini adalah cara unik untuk kucing bertindak, adalah beberapa kemungkinan untuk menjelaskan kenapa kucing bertindak sebegini:

Punca kucing menggigit apabila dibelai

1. Ini mungkin satu manisfesto terhadap belaian yang kononnya menggalakkan keagresifan, yang semestinya kucing berusaha untuk mengawal situasi ini.

2. Mungkin terdapat rangsangan negatif yang penting secara neurologinya berkaitan apabila dibelai dalam tempoh yang memberi kesan terhadap kucing ini khususnya. Ayat yang mudah faham ada kucing yang tidak suka dibelai lama-lama.

3. Kucing jenis ini mungkin memberitahu manusia apabila mereka tidak gembira dengan cara yang halus. Jadi perubahan tingkahlaku ini kelihatan lebih drastik dari apa yang sebenarnya berlaku.

4. Anda mungkin membelai di kawasan sensitifnya. Seperti contoh di perut. Ada kucing yang memang tidak suka perutnya disentuh walau sudah lama anda membela mereka.

Apa sahaja puncanya, berita baiknya ialah tingkahlaku ini tidak bermakna anda tidak boleh berinteraksi dengan kucing anda dengan penuh bermakna. Anda boleh memastikan apa yang menyebabkan kucing anda menggigit apabila dibelai dan di masa hadapan anda boleh mengelak dari ia berlaku lagi.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment