Kenapa Ada Ibu Kucing Memakan Anaknya Sendiri?

Apakah anda pernah melihat ibu kucing memakan anaknya sendiri? Pasti catlovers bertanya-tanya apa penyebabnya dan kenapa ibu kucing boleh melakukan hal tersebut.

Hal seperti ini merupakan kejadian yang cukup aneh, kerana pada dasarnya ibu kucing akan melindungi anak-anaknya apalagi setelah melahirkan.

Jom ketahui apa sebabnya ibu kucing boleh memakan anaknya sendiri.

Anak Kucing Sedang Sakit

Hal pertama kali yang dilakukan ibu kucing pada anaknya yang baru lahir adalah memandikan atau membersihkan anaknya dari sisa-sisa plasenta yang masih menempel pada tubuh anak kucing. Hal ini dilakukan agar anak kucing memiliki tubuh lebih bersih dan sihat.


Pada umur satu bulan, anak kucing sudah boleh berjalan dan membuka mata namun ibunya masih memb*nuh atau memakannya, bermaksud anak kucing sebenarnya sakit. Hal ini dilakukan oleh ibunya kerana salah satu cara agar mengakhiri penderitaan anak kucing yang sedang sakit.

Anak Kucing Mengalami kecacatan

Anak kucing mulai terlihat aktif pada usia satu bulan seperti sudah boleh membuka mata dan berjalan. Namun apabila anak kucing hingga umur satu bulan lebih tak begitu aktif kerana cacat setelah dilahirkan, maka ibu kucing boleh memb*nuh bahkan memakan anaknya sendiri. Boleh jadi induk kucing stress kerana anaknya tak dilahirkan secara normal atau membantu untuk mengakhiri penderitaan anaknya.

Ibu Kucing Sedang Kelaparan

Induk kucing setelah melahirkan memerlukan gizi yang lebih, apabila catlovers membiarkannya tanpa makanan ibu kucing sanggup memakan anaknya sendiri kerana rasa lapar yang teramat sangat. Namun ibu kucing akan memakan anaknya setelah berumur satu bulan atau lebih. Ibu kucing memakan anaknya sendiri kerana rasa penat setelah melahirkan ditambah pula tiada makanan berhampiran.

Kadangkala juga, ibu kucing yang baru melahirkan tidak memakan anaknya setelah berusia satu bulan lebih walaupun tak ada makanan di dekatnya tetapi hanya membiarkan anak-anaknya. Jadi cuba memberi perhatian yang lebih terhadap kucing kesayangan anda.

Ibu kucing yang memakan atau memb*nuh anaknya sendiri dapat dicegah dengan cara mengasingkan anak kucing dengan ibunya setelah berusia empat minggu, agar sifat agresif haiwan pada ibu kucing tak menyerang anaknya saat ia kelaparan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment