Kenapa Ada Beberapa Jenama Makanan Kucing Menambah Bayam Dalam Bahan-bahannya? Kucing Boleh Makan Bayam ke?

Bayam sememangnya bahan yang agak terkenal sehingga anda boleh jumpa dalam beberapa pengeluar makanan kucing yang tinggi kualiti.

Kredit gambar: Honest To Paws

Namun kucing adalah haiwan karnivor yang bermakna mereka perlukan daging untuk berkembang maju kan? Tapi, bayam adalah salah satu makanan yang dapat memberikan beberapa nutrien yang penting untuk si bulus kita walaupun bayam tidak sesuai dijadikan pengganti daging.

Namun adakah selamat untuk berikan bayam kepada kucing?

Adakah bayam elok untuk kucing?

Ya, dalam beberapa keadaan bayam sangat berkhasiat untuk kucing. Itulah sebabnya banyak pengeluar makanan kucing hanya menggunakan sedikit sahaja bayam dalam formula mereka. Berikut merupakan khasiat bayam kepada kucing:

Kaya dengan vitamin dan mineral.

Vitamin A, K, B6, B2, E dan C masih ada walaupun dalam jumlah bayam yang sedikit. Tambahan lagi sayuran hijau ini kaya dengan magnesium, folate, kalsium dan potassium – kesemua ini sangat penting.

Memberikan serat yang bagus

Bayam mempunyai jumlah serat yang sederhana berbanding sayuran yang lain. Walaubagaimanapun, ia masih lagi dapat menggalakkan kesihatan penghadaman yang bagus lebih-lebih kucing yang mengalami sembelit.

Rendah kalori

Salah satu kebaikan bagam adalah jumlah kalorinya yang tersangatlah rendah. Ini sebabnya ia penting untuk kucing yang sedang diet.

Mempunyai asid lemak omega 3

Walaupun bayam mempunyai hanya kandungan omega 3 yang sedikit sahaja namun ianya masih penting untuk kucing.

Adakah bayam boleh membahayakan kucing?

Dalam beberapa kes, bayam sangat membahayakan untuk kucing. Tapi ianya bukanlah toksik untuk kucing cuma ia boleh memburukkan lagi kucing yng mempunyai isu kesihatan.

Anda tidak sepatutnya memberikan makanan yang mempunyai bayam kepada kucing yang mempunyai masalah urinari. Sayuran hijau ini mengandungi kalsium olxate. Ini sangat membahayakan kucing yang sememangnya mempunyai masalah urinari kerana bahan tersebut akan menghasilkan kristal struvite dalam saluran urinari kucing.

Walaubagaimanapun jika kucing tersebut sihat dan tidak mempunyai apa-apa masalah saluran urinari, jumlah kalsium olaxate yang sedikit dalam bayam tidak memberi apa-apa kesan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment