Kenali Si Bulus Kerinting, Kucing Baka LaPerm

Jom kenali baka kucing yang penyayang dan peramah ni dan jelas sekali mempunyai bulu yang kerinting iaitu kucing baka LaPerm.

Messy but nice gitu kan?

1. Ada apa pada namanya?

Dinamakan bersempena rupa bulunya yang lain pada kucing lain, bulu beralun kerinting, kucing LaPerm berasal di ladang Oregon pada tahun 1982. Bulu kerintingnya itu disebabkan oleh mutasi yang spontan. Kucing LaPerm yang pertama bernama Curly, yang botak ketika dilahirkan. Apabila semakin membesar bulu lembut dan kerinting tumbuh pada kepala dan hujung ekornya.

2. Kerinting ke lurus?

Semua kucing baka ini mempunyai bulu kerinting ke? Tak semua. Walaupun LaPerm dikenali dengan bulu kerinting mereka, banyak anak kucing LaPerm dilahirkan botak atau berbulu pendek malah ada sahaja yang berbulu lurus sepanjang hayatnya. Bulu kerinting tidak akan muncul sehinggalah kucing LaPerm berusia 2 ke 3 tahun.

3. Lain dari kucing yang lain

Setiap bulu kucing LaPerm adalah 100% unik. Ada yang berbulu beralun, ada pula jenis bulu kerinting halus.

4. Penyayang dan suka dibelai

Kucing LaPerm sangat dambakan sentuhan manusia. Kucing ini suka dibelai, diusap dan dikendong. Kucing LaPerm suka menggeselkan badan mereka kepada pemilik mereka macam berikan ciuman kasih sayang gitu. Apa sahaja yang pemiliknya lakukan, kucing LaPerm akan turut serta. Pendek cerita kucing LaPerm ini tersangatlah manja.

5. Bukan untuk individu yang mengalami alergi kucing

Walaupun alergi kucing bukan disebabkan oleh bulu kucing, kucing LaPerm dikenali sebagai kucing yang banyak menghasilkan protein (dander) yang memberikan reaksi alergi.

6. Rupa boleh menipu

Mungkin anda rasa bulu kucing LaPerm memerlukan banyak perapian, tapi kucing LaPerm hanya memerlukan pemberusan seminggu sekali untuk menggelakkan bulu berserabut dan bersimpul. Selain dari itu kucing LaPerm pandai merapikan diri mereka sendiri.

7. Kucing yang sesuai untuk keluarga

Kucing LaPerm sangat sukakan perhatian, suka berinteraksi dengan tetamu malah suka bermain dengan kanak-kanak menjadikan kucing baka ini sesuai untuk dibela dalam keluarga yang ramai ahlinya.

8. Sangat suka bermain

Sangat pintar dan suka bermain. Kucing LaPerm sukakan cabaran ketika bermain dan jangan terkejut mereka akan berlari melompat ke atas rak, malah pokok.

9. Suka duduk di bahu

Kan kucing LaPerm sukakan perhatian, kucing LaPerm juga selalu dilihat duduk di atas bahu pemilik mereka. Jangan terkejut kalau kucing LaPerm panjat pada anda seperti pokok dan duduk di atas bahu! Comel je!

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment