Kenali Niu Nai Kucing Yang Popular Kerana Keunikannya

Umum diketahui yang kucing odd eyed semestinya berlaku pada kucing yang berwarna putih kan? Tidak bagi kucing yang bernama Niu Nai ni.

Niu Nai, kucing baka Scottish Fold yang berasal dari China ini mempunyai mata yang berbeza warna (odd eyed) kerana keadaan genetik yang rare.

Niu Nai yang bermaksud ‘susu’ dalam bahasa Mandrin adalah kucing hitam yang comel yang meningkat kepopularitinya kerana rupanya yang unik.

Menurut NextShark, kucing yang lahir dengan warna mata yang berbeza dikenali sebagai heterochromia iridis. Dalam kes Niu Nai ini, matanya satu berwarna biru dan satu lagi berwarna kuning.

Apa yang membuatkan Niu Nai unik adalah, keadaan ini selalunya berlaku pada kucing yang berwarna putih sahaja. Ini adalah kerana gen ini bukan hanya berlaku pada mata malah berlaku pada warna bulu kucing juga yang menjadikan keadaan ini selalunya berlaku pada kucing berbulu putih.

Sebelum popular di instagram, Niu Nai sudah mempunyai peminat melebihi 16,000 orang di Weibo. Hanya 4 bulan sahaja Niu Nai sudah mempunyai pengikut seramai 117,000 selepas membuka akaun instagramnya.

Jangan lupa follow Niu Nai di instagram k.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment