Kenali Kucing Paling Berbahaya Di Dunia: Kucing Kaki Hitam

Jika anda ditanya mengenai kucing yang paling berbahaya di dunia anda mesti akan jawab spesis kucing besar seperti singa, harimau mahupun harimau bintang bukan?

Tapi tahukah anda terdapat spesis kucing liar yang sangat berbahaya walaupun saiznya kecil. Gelaran kucing paling berbahaya di dunia jatuh kepada kucing kaki hitam ataupun dikenali sebagai Black Footed Cat (Felis Nigripes).

Kucing kaki hitam (Black Footed Cat)

Walaupun ia sangat hebat dalam memburu, ramai tidak mengetahui mengenai spesis kucing ini. Kucing kaki hitam adalah kucing liar yang terkecil di Afrika dan kucing liar kedua terkecil di dunia.

Walaupun namanya kucing kaki hitam, bahagian kakinya yang berwarna hitam hanyalah pada tapak kakinya. Terdapat pelbagai warna kucing liar ini. Rupanya sama sahaja seperti kucing domestik biasa dan sebab inilah agak menarik kucing kaki hitam merupakan pemburu yang hebat.

Kucing kaki hitam berasal dari pelbagai negeri di Afrika termasuklah Afrika Selatan, Zimbabwe, Botswana dan Namibia.

Kucing ini tinggal di kawasan berumput dan kawasan savana terbuka dimana mereka boleh memburu dalam kawasan rumput yang tinggi dan pada siang hari mereka tinggal di dalam lubang.

Pemburu yang sangat hebat

Jika anda rasa kenapa anda tidak pernah dengar mengenai kucing ini ia adalah kerana kucing kaki hitam ini sangat jarang untuk dilihat dan dikesan. Mereka adalah haiwan nokturnal yang lebih suka kehidupan yang terasing. Mereka akan mengelak dari ditemui haiwan lain dengan cara menyelusup sekitar kawasan berumput.

Kucing kaki hitam ditunjukkan dalam siri PBS yang bertajuk ‘Super Cats’. Siri ini menunjukkan beberapa rakaman kucing liar ini semasa waktu malam. Ada di antara rakaman tersebut menunjukkan kucing liar ini memburu dan narrator siri tersebut menjelaskan betapa haiwan pemangsa ini dapat membunuh banyak mangsa dalam satu malam berbanding jumlah mangsa yang dibunuh oleh harimau bintang selama tempoh 6 bulan.

Hunter, yang sudah mengkaji spesis kucing liar ini sejak tahun 90an menjelaskan yang kucing kaki hitam bukan ancaman kepada pemangsa seperti kucing besar. Contohnya singa dan harimau bintang memburu haiwan besar seperti gazelle dan wildebeest. Kucing kaki hitam tidak memburu haiwan ini kerana saiznya lebih kecil. Walaubagaimanapun kadar mereka membunuh haiwan kecil membuatkan mereka merupakan kucing yang paling berbahaya.

Menakjubkan, kucing kaki hitam dapat membunuh sekitar 10 dan 14 ekor tikus dan burung kecil setiap malam. Puratanya dalam membunuh satu mangsa setiap 50 minit. Ini merupakan ciri-ciri yang sangat menakjubkan bagi haiwan pemangsa. Walaubagaimanapun ia merupakan keperluan untuk kekal hidup kerana kucing kaki hitam mempunyai metabolisme yang tinggi.

Skill memburu kucing kaki hitam ini sangat menakjubkan dan mereka menggunakan pelbagai teknik untuk menangkap mangsa mereka. Kadangkala mereka akan melompat penuh tenaga melalui rumput-rumput tinggi untuk menangkap mangsa. Kadangkala mereka akan duduk diam berdekatan lubang mangsa mereka dan tunggu peluang yang terbaik untuk masuk dan membunuh mangsa. Teknik lain yang mereka gunakan adalah dengan menyelusup dalam rumput supaya mereka boleh menyerang mangsa secara tidak dijangka. Teknik memburu ini bergantung kepada jenis mangsa dan persekitaran.

Kini terancam

Sedihnya seperti spesis kucing liar yang lain, kucing kaki hitam juga kini terancam. Kurator zoo Luke Hunter menjelaskan yang tindakan perlu diambil supaya kucing kaki hitam tidak akan pupus. Ini termasuklah mengurangkan ancaman yang dihadapi oleh kucing kaki hitam. Ancaman terkini yang dihadapi kucing kaki hitam adalah perangkap pemangsa tidak didiskriminasi dan pemusnahan habitatnya. Tambahan lagi kemarau yang teruk juga menjadi punca kemusnahan habitatnya.

Risiko lain yang berpotensi juga termasuklah penyakit, berkurangan populasi anak-anak kucing kaki hitam, pemangsa dan aktiviti pertanian yang berbahaya.

Kucing kaki hitam kini merupakan spesis yang dilindungi dan pemburuan spesis ini diharamkan di Afrika Selatan dan Botswana.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment